Friday, April 25, 2025

Bytes & Bites #6 : Test Menghimpit, Tapi Tetap Berdiri

Ellooooooo eberibadiiiiii... 

Assalamualaikum and hye !


Week 6, kelas fizikal tanpa lecturer??? Pagi2 dah dapat chat Dr, kelas bertukar on9 sebab ada masalah sikit. I happy je sebab mandi pun belum ye 😂 


Minggu ni penuh dengan test, Isnin Rabu Khamis Jumaat test. So tadi memang beratttt nak gi kelas, dok pulun baca nota marketing last minute sebab semalam seronok tidur! Haa padan muka masuk test tadi macam blur-blur ayam. Tapi nasib — hentam pun hentam, dapat juga markah! 🙌🏻


Habis test — macam biasa ada meeting FYP. Follow up 5 articles, petang sambung kelas lab. Tapi Dr takde???? Harap Dr tak lupa nak bagi 1% markah bonus untuk yang hadir fizikal !!!!! Penat dari 9am stay fakulti sampai 6pm tauu😭 


Nahh bukti saya hadir kelas physical tanpa Dr! HAHHAHA SCREEN BESAR terus! Siap berdevice2 dekat computer pun buka tau🫣

Ok lah jom recap apa yang kita belajar harini, Chapter 4 : Ethics, Privacy & Information Security.


Lecture minggu ini :


1. Ethical Issues – Bila Betul Tak Semestinya Legal

Dalam dunia IT ni, banyak isu etika yang kadang-kadang buat kita tertanya: “Eh ni salah ke? Tapi tak langgar undang-undang pun?” 😅 


So kita belajar 5 jenis ethical frameworks:

📌 Utilitarian – pilih yang paling less harm.

📌 Rights Approach – respect & protect basic rights semua orang.

📌 Fairness – treat everyone equally, or, fairly if not equal.

📌 Common Good – fikir pasal society, bukan diri sendiri je.

📌 Deontology – fokus pada rules, even result not the best.

Contohnya, kalau kerja HR nampak pekerja curi masa online shopping waktu kerja… boleh ke report? Haa, sini la etika main peranan.


2. Privacy – Hak Kita Untuk Tak Diganggu

Dalam part ni, kita belajar pasal macam mana data kita senang sangat dikumpul, disimpan, and sometimes... dijual. 


Antara yang kita cover:

🔹 Electronic Surveillance – CCTV, tracking location… tech to watch people 

🔹 Personal Info in Databases – hospital, bank, sekolah simpan data kita. Tapi kita tau ke macam mana diorang jaga?

🔹 Digital Dossier – semua aktiviti on9 kita dikumpul. Creepy kan?

🔹 Social Media & Privacy – benda yang kita post hari ni, esok lusa boleh jadi punca tak dapat kerja 😬


3. Information Security – Bukan Setakat Password Kuat

Dalam dunia digital, keselamatan data tu penting yee. Kalau tak jaga:

📌 Data boleh bocor.

📌 Identiti boleh kena curi.

📌 Organisasi boleh rugi besar.

So, syarikat kena ada code of ethics, tahu beza antara tanggungjawab, akauntabiliti dan liability. Yang paling penting: apa yang tak beretika, tak semestinya haram di sisi undang-undang. Tapi tetap tak patut buat.


Lab: 


1. CV Website Review

Waktu ni Ninie hype sikit, so berani pula bersuara siap suruh Dr buka dan review website sendiri! Confident sangat ekk padahal baru siap 50% 🤣 saja je nak bagi Dr gembira sebab ada yang nak take part — as yang lain tak bagi tengok. Hehehe. Lepastu kita sambung siapkan website waktu tu juga sebab excited lepas tunjuk dekat Dr 😝


2. Client Communication Updates 

Lepas dah review website masing2, Dr nak update dari setiap group. So masing2 update lah. Group ninie, dah approach client dan tunggu masa client reply sahaja. Dapat lah belajar sikit cara nak approach orang luar dengan yakin. Semoga dapat. Amin.


3. Module 3 : Google Calendar 

Untuk module ni, group kena buat jadual lah. Isi2 dalam google kalendar. Dapat la pengalaman baru —rasa lebih tersusun dan senang nak share dengan group — satu lagi cara nak urus masa dan kerja sama-sama. Selamani guna calendar physical je.


4. Deeds 4 : Effective Website Analysis

Kitorang kena analysis website yang senior2 dah bina sebelum ni. Task ni kena tengok dari segi appearance, content, functionality and website usability. Group I analyses monti kopi. Love nye pinky2 vibes diorang punya website hehehe. Dekat sini bukan setakat tengok lawa je, tapi belajar nilai secara menyeluruh — rupa, isi, cara gerak… semua kena kira.


5. SCL 4 : Netiquette is so sweet.. as sweet as our daily life

Fuh ada lagi kerja HAHAHA. Yang ni berkaitan link ni : http://www.albion.com/netiquette/

Ninie kena — list out all the 10 Core principles of Netiquette. And bagi tau pendapat tentang code of ethics. Should it be expanded? Is it too general? Simple je so ok je lah. Tapi dari situ boleh reflect juga — dalam dunia digital ni, adab tu tetap penting. Kena tahu mana batas, mana patut hormat.


Walaupun penat dari pagi, tapi ada juga rasa puas bila boleh participate, bagi idea, tunjuk hasil kerja, belajar benda baru. Semua yang berlaku hari ni, sikit-sikit ajar Ninie jadi lebih yakin, lebih berani dan lebih terbuka. Tak kisah la tengah penat ke, tengah risau ke, asalkan usaha tu ada — mesti akan ada hasilnya nanti.


Btw kita tengah menanti hari nak balik cuti mid sem!!!!!! Tak sabarrrrrrrrr! HAHAHA Bye! See you when i see you!

No comments:

Post a Comment