Thursday, May 1, 2025

Bytes & Bites #7 : Gmeet Dalam Kereta, Hati Dalam Rumah

Ellooooooo eberibadiiiiii... 

Assalamualaikum and hye !


Hi kita kembali lagi dengan blog yang lebih segar sebab i is dah balik rumah!!!! Minggu ni kelas on9 dari Jumaat bertukar ke Selasa dan Rabu. Thankyou so much Dr, saya Rabu dah balik rumah!! Kelas teori dekat kolej lagi hihi.


Btw apa yang kita belajar minggu ni adalah chapter 5 : E-Marketing & E-Business 


1. E-Business & E-Commerce

E-Commerce = buying & selling online

→ produk, servis, info.

E-Business = broader than e-commerce

→ internal operations, hubungan dengan partners, & servis pelanggan.

🧋Contoh: Kedai kopi yang ambil order guna app delivery (e-commerce), dan juga urus staff guna sistem HR digital (e-business).


2. Types of E-Commerce

🔹B2C (Business to Consumer) – Syarikat jual barang direct pada pengguna - beli kopi on9

🔹B2B (Business to Business) – Syarikat jual barang/servis pada syarikat lain - supplier ke cafe

🔹C2C (Consumer to Consumer) – Pengguna jual pada pengguna lain (e.g. Shopee, Carousell) -2nd hand products.

🔹B2E, E-Government, M-Commerce – Model lain yang lebih niche, macam apps kerajaan, mobile banking, dll.

☕️ Contoh: Beli kopi mesin dari Shopee = C2C, beli stok biji kopi dari supplier = B2B.


3. E-Commerce Business Models

Ni cara bisnes guna online tools untuk attract customers & buat sales.


🔹Online Direct Marketing – Email/SMS terus ke pelanggan.

🔹Affiliate & Viral Marketing – Promote melalui orang lain / bagi konten viral.

🔹Auctions & Customization – beli barang ikut bid / boleh customize product sendiri.

🔹E-Marketplaces & Membership – Platform jualan yang banyak seller/ yang eksklusif untuk members je.

🛒 Contoh: Group WhatsApp bisnes dropship kopi banchoh — viral marketing terus jadi!


4. E-Payment Mechanisms

Macam mana orang bayar bila beli online?

🔹e-Checks, Credit/Debit Cards, Stored Value Cards

🔹Bitcoins, Smart Cards, Purchasing Cards

💸 Contoh: Bayar kopi sembuh guna Touch ‘n Go e-wallet = stored value card.


5. Benefits & Limitations of E-Commerce

Benefits:

🔹Global reach – boleh jual satu dunia.

🔹24/7 – anytime anywhere.

🔹Reduce cost & improve efficiency.

Limitations:

🔹Security still a concern.

🔹Tak semua tempat ada internet laju.

🔹Isu undang-undang dan kepercayaan pengguna.

📦 Contoh: Kedai kopi cemara boleh jual ke Sabah, tapi kalau line slow, customer lari jugak 🥲


6. Ethical & Legal Issues in E-Business

🔹Privacy & Job Loss – Automation boleh ganti kerja manusia.

🔹Fraud, Copyright, Tax – Masalah penipuan online, isu hak cipta, dan cukai.

⚖️ Contoh: Guna nama kedai “Kopi Starbucks Banchoh” — boleh kena saman kalau langgar hak cipta 😬


Untuk kelas lab hari Rabu tu, Ninie naik bas pukul 2 lebih, expect sampai 7-8. Tapi ada jammed sikit. Nasib sempat tau sampai stesen bas sebelum kelas mula. Sebab terlupa bawa balik earpod, tak kan nak bagi satu bas dengar pula kan? 


Ninie buka la sound kuat2 dalam kereta sementara nak sampai rumah, waktu tu Dr tengah tanya update company yang di finalised kan. Semua kedai kopi! Lepas tu nama pelik2. Kopi banchoh la, kopi sembuh, kopi mesin, blacky coffee, kopi cemara 🤣 yang kita duk terhibur sebab pakat kedai kopi — abah Ninie pun dekat depan penat gelakkk dengar nama2 kedai kopi tu 🤣 


Nak dijadikan cerita, pagi tu Dr remind suruh submit, tapi group Ninie belum dapat client pun lagi tau! Semua tak balas. Lepas Dr remind tu, kami cuba lagi follow up — eh tiba2 dapat. Terus uruskan semua surat persetujuan dan lain2, terus settle sebelum kelas. Alhamdulillah lah kan. Rancangan akan meeting waktu mid sem ni, jadi kita nantikan je lah ye. 


Ok itu je guys, nak enjoy cuti dengan slides dan abstract fyp 😂🤣 jumpa lagi 2 minggu. Saya bercuti dulu 🫣🫣 see you when i see you xoxo!!

No comments:

Post a Comment