Friday, April 18, 2025

Byte & Bite #5: Hari Panjang, Tapi Pelajaran Lagi Panjang

Ellooooooo eberibadiiiiii... 

Assalamualaikum and hye !


Nak cerita sikit apa jadi minggu ni. Baru minggu ke-2 dekat kolej, tapi rasa fuhhh penatnyaaaaaa. Banyaknya kerja. Dah tak nak pergi kelasss — taknakkkkkkkkkk.

Lagi-lagi hari Isnin & Khamis yang kelas dari 8 pagi sampai 6 petang. MasyaAllah harikuuuu.


Tiba-tiba hari Khamis semua on9 ye! Fuh legaaaa! Kalau tak, risau yeee apa bakal jadi. Busy sangat minggu ni, tambah dengan FYP tu hmm 😞 rasa beban sangat ye. Kena baca 5 artikel, summarize setiap satu setiap minggu. Lepas tu bertambah lagi kerja lain — rasa beban bertingkat-tingkat. Tapi sebenarnya bagus jugak Dr buat macam tu. Kalau tak, minggu depan baru Ninie terkedek cari artikel kot 🫣 nanti hasil pun entah ke mana 😅 so, baguslah Dr letak deadline setiap minggu. Tak adalah Ninie lupa diri sangat.


Untuk recap teori minggu ni, Dr sambung Chapter 2 dan Chapter 3 : Information System within the Organisation— dan ni serba sedikit input yang Ninie sempat tangkap walaupun kepala tengah serabut FYP:


1. Business Pressure — Tekanan Dunia Bisnes

Tahu tak, dunia bisnes ni sebenarnya sentiasa kena tekan dari pelbagai arah?

Ada 3 jenis tekanan utama yang organisasi selalu hadap:


📌 Market pressure — contohnya globalisation (kena saing dengan dunia luar), pelanggan makin bijak & demand tinggi.

📌 Technology pressure — teknologi laju sangat berkembang, baru nak faham satu apps, dah keluar yang baru 

📌 Societal/political/legal pressure — contoh macam kena patuh pada undang-undang, jaga isu etika, dan juga tanggungjawab sosial (macam green IT & digital divide).


2. Competitive Advantage & Strategic IS — Sistem Maklumat yang Buat Bisnes Lebih 'Power'

Kalau organisasi nak survive, dia tak boleh jadi biasa-biasa je. Kena ada strategi, dan IS (information system) boleh bantu capai kelebihan bersaing:


📌 Guna Porter’s Five Forces untuk faham persaingan — macam ancaman pesaing baru, kuasa pelanggan, produk pengganti, dll.

📌 Strategi untuk menang:

🔹Cost leadership (jual murah)

🔹Differentiation (tawar benda unik)

🔹Innovation (jadi trendsetter teknologi)

🔹Customer focus (utamakan pelanggan)

🔹Operational excellence (buat kerja dengan cekap)

📌IS boleh digunakan untuk sokong semua strategi ni, contohnya sistem CRM bantu bina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.


3. Information Systems within the Organisation — Sistem dalam Jabatan

IS bukan satu benda besar je, tapi dia support setiap jabatan dalam organisasi:


🔷 Accounting & Finance – sistem untuk urus bajet, audit, dan transaksi kewangan.

🔷 Marketing – sistem untuk analyse market, customer behaviour.

🔷 HR – urus gaji, rekod staf, recruitment.

Production/Operations – monitor inventory, kualiti produk, dan proses pengeluaran.

🔷 Sistem-sistem ni kadang-kadang digabungkan dalam satu sistem besar yang kita panggil ERP (Enterprise Resource Planning) — supaya semua data & proses bersambung dan lebih efisien.


Kelas Lab:


1. SCL 3: Osaka Flower Case Study

Belajar pasal kedai kopi Osaka Flower kat Vietnam. Owner dia struggle dengan staf mencuri dan sistem manual yang tak efisien. Dia nak guna Transaction Processing System (TPS) — sistem real-time yang boleh kesan bila staf clock in, rekod jualan, dan elak penipuan. Tapi dia pun keliru: ni sekadar digitalisasi, atau nak transform bisnes terus? 💭


2. CIP UPM: Modul 2

Minggu ni sambung buat emel, surat rasmi, dan ayat untuk approach company. Mula rasa macam buat mission — nak cari syarikat untuk dibina websitenya nanti. Doakan berjaya ya 👀


3. DEEDS 3: Personal CV Website

Ninie kena buat website peribadi untuk letak CV dan info diri. Paling suka sebab boleh design ikut vibe sendiri — pinky-pinky + purple dreamy! Rasa macam ada dunia sendiri yang cute 🥹💻

🥰 my website 🥰

...dan itu lah serba sedikit yang Ninie belajar untuk kelas minggu ni.


Daripada semua ni, Ninie rasa banyak benda baru yang Ninie bukan je faham, tapi buat sendiri. Bila kena tulis emel, approach company, dan buat website — tangan pun sibuk, bukan otak je penat 😵‍💫Lepas tu bila study case kedai kopi Osaka tu, mula terfikir juga macam mana kalau Ninie sendiri ada bisnes... — kadang-kadang teknologi tu bukan sekadar alat, tapi satu strategi. Kena pandai tengok masalah, nilai risiko, dan cari solusi yang boleh bertahan lama. Macam Duy, dia bukan pilih sistem sebab trendy, tapi sebab nak selamatkan kedai dia. Agaknya keputusan apa yang Ninie akan buat? Nak labur duit ke, nak main safe? Semua tu buat Ninie belajar fikir jauh sikit.


Bila kerja dalam group, belajar juga macam mana nak bagi idea, tapi dalam masa yang sama kena dengar orang lain. Kadang susah, tapi best sebab rasa macam semua tengah sama-sama belajar hidup.


Oh ya! Hari ni kita sambut raya FSTM! Nah Ninie payung gambar dengan Dr! Comel sangattt semua!!

Ok itu sahaja, see you when i see you! Xoxo !

No comments:

Post a Comment