Ellooooooo eberibadiiiiii...
Assalamualaikum and hye !
Untuk minggu ketiga ni, sebenarnya... tak ada kelas pun. Tapi tetiba rasa macam nak menulis juga? Entah macam mana, vibes blogging Ninie ni dia muncul—up up up ☝🏻☝🏻☝🏻Macam minggu lepas sibuk dengan edit video, edit gambar… kali ni mood tulis-tulis pula naik. Haa sudah 😂
So kira ini post tambahan la ekk…..? Random Post. Nak cerita pengalaman raya dengan assignment dan due date mengejar ke? Jeng jeng jeng 🎬
Setakat ni semua okay je. Walaupun baru week 4 tapi kerja dia macam nak habis semester dah 😵💫 Tapi boleh tahan laa—pening sikit nak atur masa tu. Nak raya lagi. Raya lagi. Raya lagiiii. Bila masa nak buat assignmentnyaaa? 🫢
Raya kali ni macam biasa, dengan family, balik kampung, happy2, makan2, dapat duit raya (hehe 😌), balik rumah… tidur. Standard 🛌😂 Topik hangat raya tahun ni: Turki, umrah, pondok. Turki tu sebab I baru balik, so mood upload tu memang semangat la—bagi sepupu-sepapat tengok. Tapi macam pelik, status senyap je… ingat semua dah delete nombor, padahal semua tengah mengikuti rapat rupanya 😭🤣
Pak mak menakan yang tak main medsos pun tau eh content2 yang i upload 🤣 depa kata sepupu2 ninie excited dok tunjuk😂 pastu mula lah semua nak tengok gambar. Kita pula ada 3000 gambar beratus video 🫢 memang ambil turn la nak tengok. Eh tidak kita buka kat tv nohhh baqu gempak??🤣🤣🤣
Plan asal nak balik kampung awal sikit sebelum raya, pastu raya pertama balik rumah. Tapi tiba-tiba twist! Raya pertama lah balik kampung, tapi balik hari je. Tup tup, hari Sabtu ada family masuk ICU—bergegas balik kampung dulu. Raya kedua pula, kenduri keluarga. Extend tidur pula. Haa, faham tak perjalanan raya ninie? Hura hara la sikit.
Aktiviti wajib raya kali ni—trend velocity 🫢
Tahun lepas sibuk dengan transition video, tahun ni semua nak velocity. Lagu semua nak di velocity! Pastu penuh memory phone. Boleh ni relate dengan subjek digital ni… velocity video trend ni macam data yang bergerak laju, macam aliran informasi dalam sistem digital—semua benda jadi serba pantas. Dari kad raya on9, duit raya on9, sampai trend TikTok yang muncul kejap je tapi terus viral—semua tu jadi macam satu benda yang tak berhenti. Dalam dunia digital sekarang, kelajuan tu penting sangat kan? Bila semua benda bergerak cepat, kita pun kena pandai sesuaikan diri. Kalau tak, kita yang ketinggalan. Orang sekarang kata 'FOMO' kalau tak buat—hehe
![]() |
Tema : Black&Gold ✨ |
Makeup & style tudung pula, practice sebelum raya lain, time raya lain. Tapi nasib baik result akhir puas hati. Rasa cantikkkk ahahahaha 💄✨ Dengan filter pulak memang ‘match in heaven’. Luv sangat.
Dan….. esok dah nak balik kolej 😭 Hariku akan berubah 360 darjah. Lusa start kelas face-to-face pula. Semoga semuanya okay-okay je lah. Semoga indah-indah semuanya ya 🫶
Jumpa minggu depan! See you when I see you, xoxo!
No comments:
Post a Comment