Friday, April 11, 2025

Bytes & Bites #4: Busy by Day, Hilang by Night 😴

Ellooooooo eberibadiiiiii... 

Assalamualaikum and hye !


Tak sangka dah minggu ke-4 — cepat betul masa berlalu. Lepas ni dah masuk minggu test. Oh nooo 😭


Dalam ingatan ni duk ingat, hari2 bangun awal pagi, mandi, gi kelas sampai lewat petang, balik bilik rehat2 sikit. Lepas Isyak memang lost in the void — K-drama pun tak sempat nak pandang, TikTok pun tinggal kenangan. Penat semacam, weh.


Kiranya minggu ni first time f2f lectures. Hari ni, first class fizikal untuk digitalisation. Masalahnya, ninie packed dari 8-5 non-stop! Ada je slot rehat waktu solat Jumaat, tapi nope, ada meeting FYP pulak 😭 Sempat la selit makan, minum, solat. Tapi otak tak sempat reboot pun. 


Kelas theory pagi ni terus masuk bab baru — Chapter 2: Organizational Strategy, Competitive Advantage and Information Systems. Sounds heavy? Memang pun.


Dalam chapter ni, apa yang ninie dapat ialah ——


1. Business Processes


Business process ni sebenarnya semua kerja atau langkah yang organisasi buat secara rutin untuk hasilkan something — biasanya produk atau servis. Tapi bukan sekadar langkah random — proses ni mesti ada tujuan, ada flow, dan ada value. So proses ni penting sebab dia bantu organisasi deliver value kepada customer, partner, atau even pekerja sendiri.


Dalam proses ni, ada 3 elemen utama:

→ Input – benda asas yang kita perlukan untuk mula proses

→ Resources – orang, mesin, teknologi yang kita guna untuk proses tu

→ Output – hasil akhir yang kita nak capai / deliver kepada customer or pengguna


Kadang-kadang, proses ni berlaku dalam satu jabatan je. Tapi bila melibatkan banyak department (contoh: HR, Finance, Production semua kena involved), itu kita panggil cross-functional process.


Contoh:

Bayangkan restoran nak siapkan satu pesanan nasi ayam gepuk.


Input: ayam mentah, nasi, sambal gepuk (order dari customer)

Resources: tukang masak, dapur, peralatan (waiter, tablet, sistem POS)

Output: nasi ayam gepuk siap (makanan customer) 🐔🍚

Dan proses ni libatkan banyak pihak — waiter ambil order, dapur masak, cashier kira harga. That’s cross-functional.


2. Diffusion of Innovation (DOI)

DOI ni teori yang explain macam mana teknologi baru atau idea baru boleh diterima secara berperingkat oleh masyarakat. Tak semua orang akan terus guna benda baru — ada yang cepat, ada yang lambat.


🔹 Adoption

Adoption means bila seseorang individu atau organisasi terima dan mula guna sesuatu inovasi.


Contoh:

Seller makanan mula guna e-wallet lepas tengok ramai pelanggan tanya “boleh bayar guna DuitNow tak?”


Teori DOI ni bahagi pengguna kepada 5 kumpulan:

📌 Innovators – the risk takers. orang pertama yang suka try benda baru walaupun tak pasti berjaya atau tak

📌 Early adopters – orang yang cepat ikut sebab dia nampak potensi, tapi still more careful than innovators.

📌 Early majority – wait and see dulu, bila ramai dah guna baru dia ikut

📌 Late majority – dia ikut bila memang dah jadi kebiasaan

📌 Laggards – paling last, kadang baru nak try bila orang lain semua dah lama pakai 😂


Contoh:

Kita boleh tengok masa restoran mula guna e-wallet masa PKP.


Innovators → cashier yang terus letak QR code untuk customer bayar

Early adopters → restoran lain follow lepas nampak senang & cepat

Late majority → tunggu feedback orang, then baru start guna (kedai runcit kampung baru nak guna)

Laggards → baru nak guna tahun lepas, sebab baru tahu / most pelanggan dah tak guna cash 


🔹 Implementation

Implementation ni lebih kepada proses pelaksanaan — macam mana idea/inovasi tu digunakan secara konsisten dalam kehidupan atau operasi bisnes.


Contoh:

Lepas seller tadi terima e-wallet, dia start latih pekerja, print QR code, dan promote pada customer — tu contoh implementation.


🔹 Bandwagon Effect

Benda ni jadi bila orang mula guna sesuatu sebab orang lain pun guna. Kadang-kadang bukan sebab dia faham atau perlukan pun, tapi sebab tak nak ketinggalan (FOMO).


Contoh:

Kedai makan tepi jalan letak “Order via TikTok Shop” sebab kedai sebelah pun buat, padahal dia sendiri tak sure sangat guna macam mana.


🔹 Leapfrogging Effect

Ni berlaku bila seseorang atau negara skip beberapa peringkat teknologi dan terus guna versi paling baru.


Contoh:

Peniaga pasar malam guna TikTok Shop. Dulu tak pernah ada IG pun, tapi terus buat live TikTok + guna payment link untuk jual brownies. Langkau semua fasa website, Shopee, Instagram, semua skip. Laggard? Yes. Tapi lagi efficient. Terus turbo. Tak sempat merasa benda old-school pun.


Untuk Lab Session:


3. CIP-UPM (Real-World Website Marketing)


Fasa 1: Website Design & Development

Fasa 2: Website Execution & Feedback

Total ada 14 modul, dan setiap minggu kita akan complete step-by-step, from brainstorm sampai dapat feedback klien sebenar. Tapi untuk minggu ni, kita baru sempat buat dua modul yang pertama:


🔹 Modul 1: Company Formation & Organization

Dalam modul ni, kita kena bina company sendiri — kena fikir nama company, theme, vision, jawatan dan servis kita. Feeling2 bina bisnes sendiri la ni. Kira-kira, kitorang dah ada lebih 5 company kot sepanjang dekat UPM ni? 🤣Ninie pasrah je orang suruh jadi CEO, tapi kalini kita tukar 👊🏻


Company kami: RekaWeb Studio (Nama yang mudah sebab kami fikir lebih mudah nak approach restaurant or cafe or any types of business untuk buat website).


Role Ninie? Creative Director 😎

Role lain dalam team : Managing Director, Technical Director & Content & Strategy Director 


🔹 Modul 2: Communicate with Clients

Modul ni lebih kepada belajar cara komunikasi profesional dengan klien. Macam mana nak introduce diri, explain project kita, dan approach potential client untuk minta kerjasama. Mostly buat surat/email rasmi. 


Tapi untuk modul ni, kitorang baru berfikir2 tentang potential customer, siapa yang kita nak tolong. Belum approach lagi. Tapi lepas ni kami akan try approach beberapa pemilik kedai makan.


4. Google Digital Garage (GDG)


Next— kami kena daftar — google? Aduh baru je nak buka Shopee 🫢


Apa yang ninie dapat, Google Digital Garage ni platform pembelajaran online dari Google, yang ajar benda-benda digital — dari marketing sampai data, semua ada. Yang penting: free. Dan ada sijil 🤭 So, kita kena daftar, masuk modul, dan complete + quiz yang Google sediakan. Content dia banyak fokus on how to grow a business online, guna tools digital macam SEO, email marketing, dan social media ads.


Mula-mula of coss kena daftar. Ninie pun login guna Gmail macam biasa. Lepas tu keluar dashboard yang tunjuk progress. Screenshot dulu tanda hadir — kira macam selfie pertama kat kelas Google 😎Dah siap daftar, terus siapkan 3 lesson. Walaupun Dr suruh lesson 1 je, tapi kitanya excited. AHAHHAHA. 

Even baru Lesson 1, Ninie dah nampak macam mana digital skill ni penting untuk kita yang hidup dalam dunia penuh algorithm ni. Siapa sangka assignment lab boleh buat Ninie rasa nak explore lagi. 


Harapnya Ninie tak stop kat Lesson 3 je. Tapi kalau minggu depan ada assignment lain, kita tengoklah macam mana 😂  sebab makin lama soalan makin mencabar! Fuh ! Penat? Confirm. Tapi best bila nampak benda-benda real life connect dengan apa yang kita belajar.


Doakan Ninie survive minggu2 seterusnya 🫠 sampai jumpa next recap (dengan lebih banyak screenshot dan cerita pelik minggu test maybe...?) See you when i see you xoxo!

No comments:

Post a Comment