Friday, April 25, 2025

Bytes & Bites #6 : Test Menghimpit, Tapi Tetap Berdiri

Ellooooooo eberibadiiiiii... 

Assalamualaikum and hye !


Week 6, kelas fizikal tanpa lecturer??? Pagi2 dah dapat chat Dr, kelas bertukar on9 sebab ada masalah sikit. I happy je sebab mandi pun belum ye 😂 


Minggu ni penuh dengan test, Isnin Rabu Khamis Jumaat test. So tadi memang beratttt nak gi kelas, dok pulun baca nota marketing last minute sebab semalam seronok tidur! Haa padan muka masuk test tadi macam blur-blur ayam. Tapi nasib — hentam pun hentam, dapat juga markah! 🙌🏻


Habis test — macam biasa ada meeting FYP. Follow up 5 articles, petang sambung kelas lab. Tapi Dr takde???? Harap Dr tak lupa nak bagi 1% markah bonus untuk yang hadir fizikal !!!!! Penat dari 9am stay fakulti sampai 6pm tauu😭 


Nahh bukti saya hadir kelas physical tanpa Dr! HAHHAHA SCREEN BESAR terus! Siap berdevice2 dekat computer pun buka tau🫣

Ok lah jom recap apa yang kita belajar harini, Chapter 4 : Ethics, Privacy & Information Security.


Lecture minggu ini :


1. Ethical Issues – Bila Betul Tak Semestinya Legal

Dalam dunia IT ni, banyak isu etika yang kadang-kadang buat kita tertanya: “Eh ni salah ke? Tapi tak langgar undang-undang pun?” 😅 


So kita belajar 5 jenis ethical frameworks:

📌 Utilitarian – pilih yang paling less harm.

📌 Rights Approach – respect & protect basic rights semua orang.

📌 Fairness – treat everyone equally, or, fairly if not equal.

📌 Common Good – fikir pasal society, bukan diri sendiri je.

📌 Deontology – fokus pada rules, even result not the best.

Contohnya, kalau kerja HR nampak pekerja curi masa online shopping waktu kerja… boleh ke report? Haa, sini la etika main peranan.


2. Privacy – Hak Kita Untuk Tak Diganggu

Dalam part ni, kita belajar pasal macam mana data kita senang sangat dikumpul, disimpan, and sometimes... dijual. 


Antara yang kita cover:

🔹 Electronic Surveillance – CCTV, tracking location… tech to watch people 

🔹 Personal Info in Databases – hospital, bank, sekolah simpan data kita. Tapi kita tau ke macam mana diorang jaga?

🔹 Digital Dossier – semua aktiviti on9 kita dikumpul. Creepy kan?

🔹 Social Media & Privacy – benda yang kita post hari ni, esok lusa boleh jadi punca tak dapat kerja 😬


3. Information Security – Bukan Setakat Password Kuat

Dalam dunia digital, keselamatan data tu penting yee. Kalau tak jaga:

📌 Data boleh bocor.

📌 Identiti boleh kena curi.

📌 Organisasi boleh rugi besar.

So, syarikat kena ada code of ethics, tahu beza antara tanggungjawab, akauntabiliti dan liability. Yang paling penting: apa yang tak beretika, tak semestinya haram di sisi undang-undang. Tapi tetap tak patut buat.


Lab: 


1. CV Website Review

Waktu ni Ninie hype sikit, so berani pula bersuara siap suruh Dr buka dan review website sendiri! Confident sangat ekk padahal baru siap 50% 🤣 saja je nak bagi Dr gembira sebab ada yang nak take part — as yang lain tak bagi tengok. Hehehe. Lepastu kita sambung siapkan website waktu tu juga sebab excited lepas tunjuk dekat Dr 😝


2. Client Communication Updates 

Lepas dah review website masing2, Dr nak update dari setiap group. So masing2 update lah. Group ninie, dah approach client dan tunggu masa client reply sahaja. Dapat lah belajar sikit cara nak approach orang luar dengan yakin. Semoga dapat. Amin.


3. Module 3 : Google Calendar 

Untuk module ni, group kena buat jadual lah. Isi2 dalam google kalendar. Dapat la pengalaman baru —rasa lebih tersusun dan senang nak share dengan group — satu lagi cara nak urus masa dan kerja sama-sama. Selamani guna calendar physical je.


4. Deeds 4 : Effective Website Analysis

Kitorang kena analysis website yang senior2 dah bina sebelum ni. Task ni kena tengok dari segi appearance, content, functionality and website usability. Group I analyses monti kopi. Love nye pinky2 vibes diorang punya website hehehe. Dekat sini bukan setakat tengok lawa je, tapi belajar nilai secara menyeluruh — rupa, isi, cara gerak… semua kena kira.


5. SCL 4 : Netiquette is so sweet.. as sweet as our daily life

Fuh ada lagi kerja HAHAHA. Yang ni berkaitan link ni : http://www.albion.com/netiquette/

Ninie kena — list out all the 10 Core principles of Netiquette. And bagi tau pendapat tentang code of ethics. Should it be expanded? Is it too general? Simple je so ok je lah. Tapi dari situ boleh reflect juga — dalam dunia digital ni, adab tu tetap penting. Kena tahu mana batas, mana patut hormat.


Walaupun penat dari pagi, tapi ada juga rasa puas bila boleh participate, bagi idea, tunjuk hasil kerja, belajar benda baru. Semua yang berlaku hari ni, sikit-sikit ajar Ninie jadi lebih yakin, lebih berani dan lebih terbuka. Tak kisah la tengah penat ke, tengah risau ke, asalkan usaha tu ada — mesti akan ada hasilnya nanti.


Btw kita tengah menanti hari nak balik cuti mid sem!!!!!! Tak sabarrrrrrrrr! HAHAHA Bye! See you when i see you!

Friday, April 18, 2025

Byte & Bite #5: Hari Panjang, Tapi Pelajaran Lagi Panjang

Ellooooooo eberibadiiiiii... 

Assalamualaikum and hye !


Nak cerita sikit apa jadi minggu ni. Baru minggu ke-2 dekat kolej, tapi rasa fuhhh penatnyaaaaaa. Banyaknya kerja. Dah tak nak pergi kelasss — taknakkkkkkkkkk.

Lagi-lagi hari Isnin & Khamis yang kelas dari 8 pagi sampai 6 petang. MasyaAllah harikuuuu.


Tiba-tiba hari Khamis semua on9 ye! Fuh legaaaa! Kalau tak, risau yeee apa bakal jadi. Busy sangat minggu ni, tambah dengan FYP tu hmm 😞 rasa beban sangat ye. Kena baca 5 artikel, summarize setiap satu setiap minggu. Lepas tu bertambah lagi kerja lain — rasa beban bertingkat-tingkat. Tapi sebenarnya bagus jugak Dr buat macam tu. Kalau tak, minggu depan baru Ninie terkedek cari artikel kot 🫣 nanti hasil pun entah ke mana 😅 so, baguslah Dr letak deadline setiap minggu. Tak adalah Ninie lupa diri sangat.


Untuk recap teori minggu ni, Dr sambung Chapter 2 dan Chapter 3 : Information System within the Organisation— dan ni serba sedikit input yang Ninie sempat tangkap walaupun kepala tengah serabut FYP:


1. Business Pressure — Tekanan Dunia Bisnes

Tahu tak, dunia bisnes ni sebenarnya sentiasa kena tekan dari pelbagai arah?

Ada 3 jenis tekanan utama yang organisasi selalu hadap:


📌 Market pressure — contohnya globalisation (kena saing dengan dunia luar), pelanggan makin bijak & demand tinggi.

📌 Technology pressure — teknologi laju sangat berkembang, baru nak faham satu apps, dah keluar yang baru 

📌 Societal/political/legal pressure — contoh macam kena patuh pada undang-undang, jaga isu etika, dan juga tanggungjawab sosial (macam green IT & digital divide).


2. Competitive Advantage & Strategic IS — Sistem Maklumat yang Buat Bisnes Lebih 'Power'

Kalau organisasi nak survive, dia tak boleh jadi biasa-biasa je. Kena ada strategi, dan IS (information system) boleh bantu capai kelebihan bersaing:


📌 Guna Porter’s Five Forces untuk faham persaingan — macam ancaman pesaing baru, kuasa pelanggan, produk pengganti, dll.

📌 Strategi untuk menang:

🔹Cost leadership (jual murah)

🔹Differentiation (tawar benda unik)

🔹Innovation (jadi trendsetter teknologi)

🔹Customer focus (utamakan pelanggan)

🔹Operational excellence (buat kerja dengan cekap)

📌IS boleh digunakan untuk sokong semua strategi ni, contohnya sistem CRM bantu bina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.


3. Information Systems within the Organisation — Sistem dalam Jabatan

IS bukan satu benda besar je, tapi dia support setiap jabatan dalam organisasi:


🔷 Accounting & Finance – sistem untuk urus bajet, audit, dan transaksi kewangan.

🔷 Marketing – sistem untuk analyse market, customer behaviour.

🔷 HR – urus gaji, rekod staf, recruitment.

Production/Operations – monitor inventory, kualiti produk, dan proses pengeluaran.

🔷 Sistem-sistem ni kadang-kadang digabungkan dalam satu sistem besar yang kita panggil ERP (Enterprise Resource Planning) — supaya semua data & proses bersambung dan lebih efisien.


Kelas Lab:


1. SCL 3: Osaka Flower Case Study

Belajar pasal kedai kopi Osaka Flower kat Vietnam. Owner dia struggle dengan staf mencuri dan sistem manual yang tak efisien. Dia nak guna Transaction Processing System (TPS) — sistem real-time yang boleh kesan bila staf clock in, rekod jualan, dan elak penipuan. Tapi dia pun keliru: ni sekadar digitalisasi, atau nak transform bisnes terus? 💭


2. CIP UPM: Modul 2

Minggu ni sambung buat emel, surat rasmi, dan ayat untuk approach company. Mula rasa macam buat mission — nak cari syarikat untuk dibina websitenya nanti. Doakan berjaya ya 👀


3. DEEDS 3: Personal CV Website

Ninie kena buat website peribadi untuk letak CV dan info diri. Paling suka sebab boleh design ikut vibe sendiri — pinky-pinky + purple dreamy! Rasa macam ada dunia sendiri yang cute 🥹💻

🥰 my website 🥰

...dan itu lah serba sedikit yang Ninie belajar untuk kelas minggu ni.


Daripada semua ni, Ninie rasa banyak benda baru yang Ninie bukan je faham, tapi buat sendiri. Bila kena tulis emel, approach company, dan buat website — tangan pun sibuk, bukan otak je penat 😵‍💫Lepas tu bila study case kedai kopi Osaka tu, mula terfikir juga macam mana kalau Ninie sendiri ada bisnes... — kadang-kadang teknologi tu bukan sekadar alat, tapi satu strategi. Kena pandai tengok masalah, nilai risiko, dan cari solusi yang boleh bertahan lama. Macam Duy, dia bukan pilih sistem sebab trendy, tapi sebab nak selamatkan kedai dia. Agaknya keputusan apa yang Ninie akan buat? Nak labur duit ke, nak main safe? Semua tu buat Ninie belajar fikir jauh sikit.


Bila kerja dalam group, belajar juga macam mana nak bagi idea, tapi dalam masa yang sama kena dengar orang lain. Kadang susah, tapi best sebab rasa macam semua tengah sama-sama belajar hidup.


Oh ya! Hari ni kita sambut raya FSTM! Nah Ninie payung gambar dengan Dr! Comel sangattt semua!!

Ok itu sahaja, see you when i see you! Xoxo !

Friday, April 11, 2025

Bytes & Bites #4: Busy by Day, Hilang by Night 😴

Ellooooooo eberibadiiiiii... 

Assalamualaikum and hye !


Tak sangka dah minggu ke-4 — cepat betul masa berlalu. Lepas ni dah masuk minggu test. Oh nooo 😭


Dalam ingatan ni duk ingat, hari2 bangun awal pagi, mandi, gi kelas sampai lewat petang, balik bilik rehat2 sikit. Lepas Isyak memang lost in the void — K-drama pun tak sempat nak pandang, TikTok pun tinggal kenangan. Penat semacam, weh.


Kiranya minggu ni first time f2f lectures. Hari ni, first class fizikal untuk digitalisation. Masalahnya, ninie packed dari 8-5 non-stop! Ada je slot rehat waktu solat Jumaat, tapi nope, ada meeting FYP pulak 😭 Sempat la selit makan, minum, solat. Tapi otak tak sempat reboot pun. 


Kelas theory pagi ni terus masuk bab baru — Chapter 2: Organizational Strategy, Competitive Advantage and Information Systems. Sounds heavy? Memang pun.


Dalam chapter ni, apa yang ninie dapat ialah ——


1. Business Processes


Business process ni sebenarnya semua kerja atau langkah yang organisasi buat secara rutin untuk hasilkan something — biasanya produk atau servis. Tapi bukan sekadar langkah random — proses ni mesti ada tujuan, ada flow, dan ada value. So proses ni penting sebab dia bantu organisasi deliver value kepada customer, partner, atau even pekerja sendiri.


Dalam proses ni, ada 3 elemen utama:

→ Input – benda asas yang kita perlukan untuk mula proses

→ Resources – orang, mesin, teknologi yang kita guna untuk proses tu

→ Output – hasil akhir yang kita nak capai / deliver kepada customer or pengguna


Kadang-kadang, proses ni berlaku dalam satu jabatan je. Tapi bila melibatkan banyak department (contoh: HR, Finance, Production semua kena involved), itu kita panggil cross-functional process.


Contoh:

Bayangkan restoran nak siapkan satu pesanan nasi ayam gepuk.


Input: ayam mentah, nasi, sambal gepuk (order dari customer)

Resources: tukang masak, dapur, peralatan (waiter, tablet, sistem POS)

Output: nasi ayam gepuk siap (makanan customer) 🐔🍚

Dan proses ni libatkan banyak pihak — waiter ambil order, dapur masak, cashier kira harga. That’s cross-functional.


2. Diffusion of Innovation (DOI)

DOI ni teori yang explain macam mana teknologi baru atau idea baru boleh diterima secara berperingkat oleh masyarakat. Tak semua orang akan terus guna benda baru — ada yang cepat, ada yang lambat.


🔹 Adoption

Adoption means bila seseorang individu atau organisasi terima dan mula guna sesuatu inovasi.


Contoh:

Seller makanan mula guna e-wallet lepas tengok ramai pelanggan tanya “boleh bayar guna DuitNow tak?”


Teori DOI ni bahagi pengguna kepada 5 kumpulan:

📌 Innovators – the risk takers. orang pertama yang suka try benda baru walaupun tak pasti berjaya atau tak

📌 Early adopters – orang yang cepat ikut sebab dia nampak potensi, tapi still more careful than innovators.

📌 Early majority – wait and see dulu, bila ramai dah guna baru dia ikut

📌 Late majority – dia ikut bila memang dah jadi kebiasaan

📌 Laggards – paling last, kadang baru nak try bila orang lain semua dah lama pakai 😂


Contoh:

Kita boleh tengok masa restoran mula guna e-wallet masa PKP.


Innovators → cashier yang terus letak QR code untuk customer bayar

Early adopters → restoran lain follow lepas nampak senang & cepat

Late majority → tunggu feedback orang, then baru start guna (kedai runcit kampung baru nak guna)

Laggards → baru nak guna tahun lepas, sebab baru tahu / most pelanggan dah tak guna cash 


🔹 Implementation

Implementation ni lebih kepada proses pelaksanaan — macam mana idea/inovasi tu digunakan secara konsisten dalam kehidupan atau operasi bisnes.


Contoh:

Lepas seller tadi terima e-wallet, dia start latih pekerja, print QR code, dan promote pada customer — tu contoh implementation.


🔹 Bandwagon Effect

Benda ni jadi bila orang mula guna sesuatu sebab orang lain pun guna. Kadang-kadang bukan sebab dia faham atau perlukan pun, tapi sebab tak nak ketinggalan (FOMO).


Contoh:

Kedai makan tepi jalan letak “Order via TikTok Shop” sebab kedai sebelah pun buat, padahal dia sendiri tak sure sangat guna macam mana.


🔹 Leapfrogging Effect

Ni berlaku bila seseorang atau negara skip beberapa peringkat teknologi dan terus guna versi paling baru.


Contoh:

Peniaga pasar malam guna TikTok Shop. Dulu tak pernah ada IG pun, tapi terus buat live TikTok + guna payment link untuk jual brownies. Langkau semua fasa website, Shopee, Instagram, semua skip. Laggard? Yes. Tapi lagi efficient. Terus turbo. Tak sempat merasa benda old-school pun.


Untuk Lab Session:


3. CIP-UPM (Real-World Website Marketing)


Fasa 1: Website Design & Development

Fasa 2: Website Execution & Feedback

Total ada 14 modul, dan setiap minggu kita akan complete step-by-step, from brainstorm sampai dapat feedback klien sebenar. Tapi untuk minggu ni, kita baru sempat buat dua modul yang pertama:


🔹 Modul 1: Company Formation & Organization

Dalam modul ni, kita kena bina company sendiri — kena fikir nama company, theme, vision, jawatan dan servis kita. Feeling2 bina bisnes sendiri la ni. Kira-kira, kitorang dah ada lebih 5 company kot sepanjang dekat UPM ni? 🤣Ninie pasrah je orang suruh jadi CEO, tapi kalini kita tukar 👊🏻


Company kami: RekaWeb Studio (Nama yang mudah sebab kami fikir lebih mudah nak approach restaurant or cafe or any types of business untuk buat website).


Role Ninie? Creative Director 😎

Role lain dalam team : Managing Director, Technical Director & Content & Strategy Director 


🔹 Modul 2: Communicate with Clients

Modul ni lebih kepada belajar cara komunikasi profesional dengan klien. Macam mana nak introduce diri, explain project kita, dan approach potential client untuk minta kerjasama. Mostly buat surat/email rasmi. 


Tapi untuk modul ni, kitorang baru berfikir2 tentang potential customer, siapa yang kita nak tolong. Belum approach lagi. Tapi lepas ni kami akan try approach beberapa pemilik kedai makan.


4. Google Digital Garage (GDG)


Next— kami kena daftar — google? Aduh baru je nak buka Shopee 🫢


Apa yang ninie dapat, Google Digital Garage ni platform pembelajaran online dari Google, yang ajar benda-benda digital — dari marketing sampai data, semua ada. Yang penting: free. Dan ada sijil 🤭 So, kita kena daftar, masuk modul, dan complete + quiz yang Google sediakan. Content dia banyak fokus on how to grow a business online, guna tools digital macam SEO, email marketing, dan social media ads.


Mula-mula of coss kena daftar. Ninie pun login guna Gmail macam biasa. Lepas tu keluar dashboard yang tunjuk progress. Screenshot dulu tanda hadir — kira macam selfie pertama kat kelas Google 😎Dah siap daftar, terus siapkan 3 lesson. Walaupun Dr suruh lesson 1 je, tapi kitanya excited. AHAHHAHA. 

Even baru Lesson 1, Ninie dah nampak macam mana digital skill ni penting untuk kita yang hidup dalam dunia penuh algorithm ni. Siapa sangka assignment lab boleh buat Ninie rasa nak explore lagi. 


Harapnya Ninie tak stop kat Lesson 3 je. Tapi kalau minggu depan ada assignment lain, kita tengoklah macam mana 😂  sebab makin lama soalan makin mencabar! Fuh ! Penat? Confirm. Tapi best bila nampak benda-benda real life connect dengan apa yang kita belajar.


Doakan Ninie survive minggu2 seterusnya 🫠 sampai jumpa next recap (dengan lebih banyak screenshot dan cerita pelik minggu test maybe...?) See you when i see you xoxo!

Saturday, April 5, 2025

Bytes & Bites #3: Study Pause, Velocity Raya Play !

Ellooooooo eberibadiiiiii... 

Assalamualaikum and hye !


Untuk minggu ketiga ni, sebenarnya... tak ada kelas pun. Tapi tetiba rasa macam nak menulis juga? Entah macam mana, vibes blogging Ninie ni dia muncul—up up up ☝🏻☝🏻☝🏻Macam minggu lepas sibuk dengan edit video, edit gambar… kali ni mood tulis-tulis pula naik. Haa sudah 😂


So kira ini post tambahan la ekk…..? Random Post. Nak cerita pengalaman raya dengan assignment dan due date mengejar ke? Jeng jeng jeng 🎬


Setakat ni semua okay je. Walaupun baru week 4 tapi kerja dia macam nak habis semester dah 😵‍💫 Tapi boleh tahan laa—pening sikit nak atur masa tu. Nak raya lagi. Raya lagi. Raya lagiiii. Bila masa nak buat assignmentnyaaa? 🫢


Raya kali ni macam biasa, dengan family, balik kampung, happy2, makan2, dapat duit raya (hehe 😌), balik rumah… tidur. Standard 🛌😂 Topik hangat raya tahun ni: Turki, umrah, pondok. Turki tu sebab I baru balik, so mood upload tu memang semangat la—bagi sepupu-sepapat tengok. Tapi macam pelik, status senyap je… ingat semua dah delete nombor, padahal semua tengah mengikuti rapat rupanya 😭🤣


Pak mak menakan yang tak main medsos pun tau eh content2 yang i upload 🤣 depa kata sepupu2 ninie excited dok tunjuk😂 pastu mula lah semua nak tengok gambar. Kita pula ada 3000 gambar beratus video 🫢 memang ambil turn la nak tengok. Eh tidak kita buka kat tv nohhh baqu gempak??🤣🤣🤣


Plan asal nak balik kampung awal sikit sebelum raya, pastu raya pertama balik rumah. Tapi tiba-tiba twist! Raya pertama lah balik kampung, tapi balik hari je. Tup tup, hari Sabtu ada family masuk ICU—bergegas balik kampung dulu. Raya kedua pula, kenduri keluarga. Extend tidur pula. Haa, faham tak perjalanan raya ninie? Hura hara la sikit.


Aktiviti wajib raya kali ni—trend velocity 🫢 


Tahun lepas sibuk dengan transition video, tahun ni semua nak velocity. Lagu semua nak di velocity! Pastu penuh memory phone. Boleh ni relate dengan subjek digital ni… velocity video trend ni macam data yang bergerak laju, macam aliran informasi dalam sistem digital—semua benda jadi serba pantas. Dari kad raya on9, duit raya on9, sampai trend TikTok yang muncul kejap je tapi terus viral—semua tu jadi macam satu benda yang tak berhenti. Dalam dunia digital sekarang, kelajuan tu penting sangat kan? Bila semua benda bergerak cepat, kita pun kena pandai sesuaikan diri. Kalau tak, kita yang ketinggalan. Orang sekarang kata 'FOMO' kalau tak buat—hehe


Tema : Black&Gold 

Makeup & style tudung pula, practice sebelum raya lain, time raya lain. Tapi nasib baik result akhir puas hati. Rasa cantikkkk ahahahaha 💄✨ Dengan filter pulak memang ‘match in heaven’. Luv sangat.


Dan….. esok dah nak balik kolej 😭 Hariku akan berubah 360 darjah. Lusa start kelas face-to-face pula. Semoga semuanya okay-okay je lah. Semoga indah-indah semuanya ya 🫶


Jumpa minggu depan! See you when I see you, xoxo!