Imam Bukhari: PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
Hyeee korang !!!!!!
Okeee ni last tajuk tokoh untuk pendidikan islam tingkatan 4... so hope blog Ninie ni memberi manfaat la kat hampa okeh !!!!!! 😍
Jangan lupa subscribe like & komen post Ninie !!!!! TQSM gaisss..
Riwayat Hidup
1. Nama sebenar
~Abu Abdullah Muhammad b Ismail b Ibrahim b al-Mughirah b Baradzabah al-Ju’fi al-Bukhari
2. Dilahirkan pada
~194H/810M di Bukhara
3. Bapanya meninggal ketika beliau di dalam kandungan ibunya
4. Bapanya adalah orang yang soleh
5. Pada masa kecil Imam Bukhari terkena penyakit mata sehingga tidak dapat melihat
6. Ibunya bermimpi Nabi Ibrahim menerangkan bahawa penyakit anaknya akan sembuh disebabkan doa ibu yang solehah
7. Gelaran :
~Amirul Mukminin di kalangan ahli hadis
8. Meninggal pada
~256H/870M ketika berusia 62 tahun
Pendidikan
1. Mendapat pendidikan sejak kecil daripada ibunya sendiri
2. usia 11 tahun
~membetulkan kesilapan gurunya mengajar hadis
3. Usia 16 tahun
~menghafaz kitab-kitab yang ditulis oleh Ibnu Mubarak dan Waki’
4. usia 18 tahun
~mula menulis hadis
5. Menemui 1000 orang ulama, guru dan perawi hadis
6. Merantau selama 16 tahun untuk menuntut ilmu
7. Berulang alik ke Baghdad, Mesir, Syam dan lain-lain negeri
8. Mencatat hadis daripada lebih 1000 orang guru
9. Hafaz 100 000 hadis sahih dan 200 000 hadis tidak sahih
Sumbangan imam Bukhari
Berkerja keras selama 16 tahun untuk menghasilkan kitab :
~al-Jami’ as-Sahih al-Musnad min Hadis Rasulullah SAW Wasunnatihi Wa Ayyamihi (Sahih Bukhari yang mengandungi 7275 hadis)
Syarat Hadis Sahih mengikut Imam Bukhari
1. Perawi mempunyai ingatan dan akal yang baik
2. Perawi orang Islam
3. Bersifat siqah
4. Sanadnya bersambung terus kepada Rasul
Amalan Imam Bukhari sebelum menulis sesebuah Hadis
1. Berwuduk
2. Solat 2 rakaat
3. Memohon taufik daripada Allah
Kegigihan dan ketelitian Imam Bukhari mengumpul Hadis
1. Berhati-hati memeriksa semua perawi dan matan hadis
2. Memastikan sanad hadis bersambung
3. Kumpul 600 000 buah hadis
4. Hafaz 100 000 buah hadis sahih
5. Berwuduk sebelum menulis hadis
6. Solat sunat dua rakaat sebelum menulis hadis
7. Mengembara selama 16 tahun untuk mengumpul hadis
8. Bertemu ramai ulama untuk mendapatkan hadis
9. Sentiasa memohon pertolongan dan petunjuk Allah Menghindari makanan haram dan syubhah
Karya-karya Imam Bukhari
1. Sahih al-Bukhari
2. at-Tarikh al-Kabir
3. at-Tarikh as-Saghir
4. at-Tarikh al-awsad
5. at-Tafsir al-Kabir
6. Kitab al-Mabsut
7. Kitab al-Hibah
8. Kitab al-Kunni
No comments:
Post a Comment