Tuesday, June 30, 2020

Ibnu Khaldun : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Ellooooo eberibadiiiii

Kalini kita belajar pula tentang ibnu Khaldun iaitu tokoh sejarawan ulung.. 

Opsss sebelum tu subscribe la blog Ninie 😭 like and komen jangan lupa !!! 😍 tenggkiuuu

Biodata & Riwayat Hidup

1. Nama sebenar
~ Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad

2.  Tempat lahirkan
~Tunisia

3. Tahun Lahir
~ 732H/1332M

4. Keturunan
~Arab Yaman yang berhijrah ke Andalusia

5. Bapanya seorang sarjana

6. Apabila Tunisia diserang wabak taun pada 749H
~ beliau berhijrah ke Algeria, Fez, Granada, Bijayah (Bougie) dan Mesir

7. Jawatan penting negara yang pernah disandang :

~ Setiausaha negara
~ Anggota Majlis Ilmiyyah dan Anggota Jabatan  Setiausaha Sulit di Fez, Maghribi
~ Duta Granada
~ Hajib (Perdana Menteri) Bijayah
~ Qadhi al-Qudha’ (Ketua Hakim Negara) Mesir

8. Tahun Meninggal
~ 808H ketika berusia 87 tahun di Mesir

Keperibadian Ibnu Khaldun

1. Tekun mencari ilmu
~ Belajar pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sejak kecil
~ Walaupun sibuk dengan tugas beliau terus menuntut ilmu
~ Beliau bijak membahagi masa untuk berkhidmat dan menuntut ilmu

2. Berjiwa pemimpin
~ Pernah menjadi pegawai tertinggi istana dan ketua hakim negara. Semua jawatan diperolehi berdasarkan keupayaan dan kecekapan beliau

3. Kreatif
~ Menghasilkan karya, antaranya ‘Muqaddimah Ibnu Khaldun’

Pendidikan Ibnu Khaldun

1. Belajar asas agama dan Bahasa Arab
~ daripada bapanya
~ beberapa guru lain

2. Belajar ilmu fardhu kifayah
~ ilmu mantik
~ falsafah
~ sains dan matematik
{ daripada Muhammad bin Ibrahim al-Abiliyyi }

3. Semasa di Fez
~ beliau mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa guru terkenal seperti Ahmad bin al-Qassar dan Lisanuudin bin al-Khatib pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada)

Sumbangan Ibnu Khaldun

1. Memberi idea dan panduan terbaik tentang asas pembinaan tamadun manusia

2. Pelopor pemikiran moden di bidang
~ sejarah
~politik
~ ekonomi
~ sosiologi
~ pendidikan

3. Hasil Karya
~ Muqaddimah Ibnu Khaldun
~ at-Ta’rif Bi Ibni Khaldun Wa Rihlatuhu Gharban Wa Syarqan

Perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan laporan sejarah mengikut Ibnu Khaldun

1. Membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab

2. Mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku

3. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku

4. Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku

Gelaran Kesarjanaan Ibnu Khaldun

1. As-Sadru al-Kabir
2. Al-Faqih al-Jalil
3. Al-Allamah
4. Imam al-Aimmah
5. Jamal al-Islam Wa al-Muslimin

No comments:

Post a Comment