Friday, June 26, 2020

Imam Ahmad b Hanbal : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

Hyeeeeeeee uallsssss.... 🌈

Kalini kita belajar tentang imam Ahmad pulaaaa..... so siapa imam Ahmad ni?????? 😱

Opss sebelum tu, jangan lupa subscribes komen & likeee blog Ninie okehhhhhh!!! 😉

Riwayat Hidup

1. Nama sebenar
~Ahmad b Muhammad b Hanbal

2. Dilahirkan
~Baghdad, Iraq

3. Tahun lahir
~164H/780M

4. Salasilahnya bertemu dengan keturunan rasul pada Mazan b Maad b Adnan

5. Terkenal dengan Ibnu Hanbal sempena nama datuknya

6. Peribadi imam Ahmad
~Seorang yang miskin
~Terpaksa mengambil upah menjual kain dan membawa barang-barang di jalan untuk menyara hidup
~Tidak menerima hadiah atau pemberian orang tanpa membuat kerja

~sangat mementingkan pendapatan halal
~Mementingkan kebersihan dan kekemasan
~Gemar warna putih
~Pendiam, suka berfikir dan tegas menentang kemungkaran

~Tidak sombong
~Mengasihi seseorang kerana Allah
~Bergaul dengan fakir miskin dan selalu membantu mereka

~Kurang bersahabat dengan orang besar
~Tidak takut celaan dan dibenci orang
~Banyak melakukan ibadah (solat 300 rakaat sehari. Selepas dijatuhkan hukuman solat 150 rakaat sehari)

7. Membaca 1/7 al-Quran setiap hari Khatam al-Quran setiap 7 hari

8. Tahun meinggal dunia
~231H/855M ketika berusia 77 tahun dan disemadikan di Baghdad

Pendidikan imam Ahmad

1. Membawa alat tulis dan kertas untuk menulis sesuatu
~kemana sahaja beliau pergi

2. Sangat mencintai ilmu

3. Menghafaz al-Quran dan mempelajari bahasa Arab

4. Mengembara ke beberapa negara untuk menuntut ilmu seperti Kufah, Basrah, Syam dan Yaman

5. Gurunya yang masyhur
~Imam Syafei, Sufian b Uyainah dan Yahya b Said al-Qattan

6. Terkenal sebagai mujtahid yang bijak

Sumbangan imam Ahmad

1. Menghasilkan buku

~Al-Musnad
– mengandungi 40 000 hadis

~Tafsir al-Quran, an-Nasikh Wal Mansukh, al- Muqaddimu Wal Muakkhiru, at-Tarikh, al-Manasik al-Kabir

2. Melindungi hadis daripada pemalsuan melalui kajian dan penyelidikannya

3. Pendokong Mazhab Hanbali

4. Melahirkan ramai murid yang terkemuka
~Abu Bakar b Hani’ dan Taqiyuddin Ahmad b Taimiah

Kehebatan Imam Ahmad

1. Gelaran
~al-Hakim (kerana menghafaz lebih 700 000 hadis)

2. Kata Imam Syafei “aku tidak tinggal seorang yang lebih baik….lebih tahu hukum selain daripada Ahmad b Hanbal”

Cara Imam Ahmad mensabitkan hukum

1. Tidak menggunakan hadis dhaif dalam mensabitkan hukum

2. Berhati-hati memilih hadis yang berhubung kait dengan masalah halal dan haram di segi matan atau sanad

No comments:

Post a Comment