Monday, June 29, 2020

Ibnu Sina : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Ibnu Sina : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Elloooo eberibadii...

We are backkkkkkkkk with form 5 punyaaa pulakk oceyyyy🙉 so here tentang Ibnu Sina bapa perubatan dunia ! 😍

Sebelum tu jangan lupa subscribes like & komen tau tau tau 😭❤️ lebiuuuall

Biodata

1. Nama
~Al-Hussin bin Abdullah bin al-Hassan bin Ali bin Sina

2. Gelaran
~Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat

3. Tahun lahir
~370H/980M

4. Tempat Lahir
~Afsyanah Bukhara, Turkistan

5. Setelah bapanya meninggal pada 390H/1000M
~beliau berpindah ke Khawarizmi, Jarjan, Rai dan Hamazan

6. Bertugas sebagai
~pakar perubatan di Rai dan penasihat agung Amir Ala’ ad-Daulah di Isfahan

7. Tahun Meninggal
~428H/1037M di Hamazan

Keperibadian Ibnu Sina

1. Tekun mempelajari ilmu
~ Pernah membaca buku berkenaan metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali

2. Taat beragama
~ Sering berdoa dan pergi ke masjid

3. Pintar
~ Menguasai pelbagai ilmu naqliah ketika berusia 18 tahun

4. Berinovatif
~ Melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang terutamanya perubatan

Pendidikan

1. Belajar al-Quran
~usia 5 tahun

2. Hafaz alQuran
~ usia 10 tahun

3. Belajar Fiqh dan Tasauf
~ daripada Ismail az-Zahid

4. Belajar ilmu hisab dan prinsip geometri
~ daripada Muhammad al-Masah

5. Ilmu falsafah
~ daripada Abu Abdullah an-Natili

6. Ilmu sains dan astronomi
~ daripada al-Biruni

7. Usia 16 tahun
~ menguasai ilmu perubatan

Ketokohan Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan

1. Pernah merawat
~ Penguasa Bukhara Nuh bin Mansor
~ Penguasa Jurjan Qabus bin Wasyamkir
~ Penguasa Hamazan
~ Penguasa Isfahan

2. Menghasilkan banyak karya perubatan seperti :
~ al-Qanun Fi al-Tibb
~ al-Adawiyyah al-Qalbiyyah
~al-Alfiyyah at-Tibbiyyah

• Karya tersebut diterjemahkan ke pelbagai bahasa

3. Menemui penyakit baru dan puncanya :
~ Pengaruh kuman dalam penyakit
~ Jangkitan virus seperti ‘TB’
~ Penyakit seperti rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa dan seumpamanya

4. Penemuan dalam bidang farmasi
~ Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik
~ Menghasilkan ubat bius

5. Membangunkan teknologi perubatan
~ Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan
~ Mencipta picagari

Kesan Peninggalan Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan

1. Ilmu perubatan berkembang maju

2. Terhasilnya kaedah perubatan baru

3. Terhasilnya peralatan perubatan yang canggih

4. Pelbagai penyakit dapat dirawat dengan lebih cepat dan berkesan

Sifat mulia Ibnu Sina yang patut dicontohi

1. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu

2. Tidak membuang masa

3. Sentiasa membaca danmengkaji al-Quran

4. Taat perintah agama

5. Berdoa apabila menghadapi kebuntuan

6. Menguasai pelbagai ilmu nakliah

7. Rajin membuat penyelidikan

No comments:

Post a Comment