Tuesday, June 30, 2020

Ibnu Khaldun : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Ellooooo eberibadiiiii

Kalini kita belajar pula tentang ibnu Khaldun iaitu tokoh sejarawan ulung.. 

Opsss sebelum tu subscribe la blog Ninie 😭 like and komen jangan lupa !!! 😍 tenggkiuuu

Biodata & Riwayat Hidup

1. Nama sebenar
~ Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad

2.  Tempat lahirkan
~Tunisia

3. Tahun Lahir
~ 732H/1332M

4. Keturunan
~Arab Yaman yang berhijrah ke Andalusia

5. Bapanya seorang sarjana

6. Apabila Tunisia diserang wabak taun pada 749H
~ beliau berhijrah ke Algeria, Fez, Granada, Bijayah (Bougie) dan Mesir

7. Jawatan penting negara yang pernah disandang :

~ Setiausaha negara
~ Anggota Majlis Ilmiyyah dan Anggota Jabatan  Setiausaha Sulit di Fez, Maghribi
~ Duta Granada
~ Hajib (Perdana Menteri) Bijayah
~ Qadhi al-Qudha’ (Ketua Hakim Negara) Mesir

8. Tahun Meninggal
~ 808H ketika berusia 87 tahun di Mesir

Keperibadian Ibnu Khaldun

1. Tekun mencari ilmu
~ Belajar pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sejak kecil
~ Walaupun sibuk dengan tugas beliau terus menuntut ilmu
~ Beliau bijak membahagi masa untuk berkhidmat dan menuntut ilmu

2. Berjiwa pemimpin
~ Pernah menjadi pegawai tertinggi istana dan ketua hakim negara. Semua jawatan diperolehi berdasarkan keupayaan dan kecekapan beliau

3. Kreatif
~ Menghasilkan karya, antaranya ‘Muqaddimah Ibnu Khaldun’

Pendidikan Ibnu Khaldun

1. Belajar asas agama dan Bahasa Arab
~ daripada bapanya
~ beberapa guru lain

2. Belajar ilmu fardhu kifayah
~ ilmu mantik
~ falsafah
~ sains dan matematik
{ daripada Muhammad bin Ibrahim al-Abiliyyi }

3. Semasa di Fez
~ beliau mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa guru terkenal seperti Ahmad bin al-Qassar dan Lisanuudin bin al-Khatib pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada)

Sumbangan Ibnu Khaldun

1. Memberi idea dan panduan terbaik tentang asas pembinaan tamadun manusia

2. Pelopor pemikiran moden di bidang
~ sejarah
~politik
~ ekonomi
~ sosiologi
~ pendidikan

3. Hasil Karya
~ Muqaddimah Ibnu Khaldun
~ at-Ta’rif Bi Ibni Khaldun Wa Rihlatuhu Gharban Wa Syarqan

Perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan laporan sejarah mengikut Ibnu Khaldun

1. Membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab

2. Mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku

3. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku

4. Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku

Gelaran Kesarjanaan Ibnu Khaldun

1. As-Sadru al-Kabir
2. Al-Faqih al-Jalil
3. Al-Allamah
4. Imam al-Aimmah
5. Jamal al-Islam Wa al-Muslimin

Monday, June 29, 2020

Ibnu Sina : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Ibnu Sina : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Elloooo eberibadii...

We are backkkkkkkkk with form 5 punyaaa pulakk oceyyyy🙉 so here tentang Ibnu Sina bapa perubatan dunia ! 😍

Sebelum tu jangan lupa subscribes like & komen tau tau tau 😭❤️ lebiuuuall

Biodata

1. Nama
~Al-Hussin bin Abdullah bin al-Hassan bin Ali bin Sina

2. Gelaran
~Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat

3. Tahun lahir
~370H/980M

4. Tempat Lahir
~Afsyanah Bukhara, Turkistan

5. Setelah bapanya meninggal pada 390H/1000M
~beliau berpindah ke Khawarizmi, Jarjan, Rai dan Hamazan

6. Bertugas sebagai
~pakar perubatan di Rai dan penasihat agung Amir Ala’ ad-Daulah di Isfahan

7. Tahun Meninggal
~428H/1037M di Hamazan

Keperibadian Ibnu Sina

1. Tekun mempelajari ilmu
~ Pernah membaca buku berkenaan metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali

2. Taat beragama
~ Sering berdoa dan pergi ke masjid

3. Pintar
~ Menguasai pelbagai ilmu naqliah ketika berusia 18 tahun

4. Berinovatif
~ Melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang terutamanya perubatan

Pendidikan

1. Belajar al-Quran
~usia 5 tahun

2. Hafaz alQuran
~ usia 10 tahun

3. Belajar Fiqh dan Tasauf
~ daripada Ismail az-Zahid

4. Belajar ilmu hisab dan prinsip geometri
~ daripada Muhammad al-Masah

5. Ilmu falsafah
~ daripada Abu Abdullah an-Natili

6. Ilmu sains dan astronomi
~ daripada al-Biruni

7. Usia 16 tahun
~ menguasai ilmu perubatan

Ketokohan Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan

1. Pernah merawat
~ Penguasa Bukhara Nuh bin Mansor
~ Penguasa Jurjan Qabus bin Wasyamkir
~ Penguasa Hamazan
~ Penguasa Isfahan

2. Menghasilkan banyak karya perubatan seperti :
~ al-Qanun Fi al-Tibb
~ al-Adawiyyah al-Qalbiyyah
~al-Alfiyyah at-Tibbiyyah

• Karya tersebut diterjemahkan ke pelbagai bahasa

3. Menemui penyakit baru dan puncanya :
~ Pengaruh kuman dalam penyakit
~ Jangkitan virus seperti ‘TB’
~ Penyakit seperti rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa dan seumpamanya

4. Penemuan dalam bidang farmasi
~ Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik
~ Menghasilkan ubat bius

5. Membangunkan teknologi perubatan
~ Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan
~ Mencipta picagari

Kesan Peninggalan Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan

1. Ilmu perubatan berkembang maju

2. Terhasilnya kaedah perubatan baru

3. Terhasilnya peralatan perubatan yang canggih

4. Pelbagai penyakit dapat dirawat dengan lebih cepat dan berkesan

Sifat mulia Ibnu Sina yang patut dicontohi

1. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu

2. Tidak membuang masa

3. Sentiasa membaca danmengkaji al-Quran

4. Taat perintah agama

5. Berdoa apabila menghadapi kebuntuan

6. Menguasai pelbagai ilmu nakliah

7. Rajin membuat penyelidikan

Sunday, June 28, 2020

Imam Bukhari : Pendidikan Islam Tingkatan 4

Imam Bukhari: PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

Hyeee korang !!!!!!

Okeee ni last tajuk tokoh untuk pendidikan islam tingkatan 4... so hope blog Ninie ni memberi manfaat la kat hampa okeh !!!!!! 😍

Jangan lupa subscribe like & komen post Ninie !!!!! TQSM gaisss..

Riwayat Hidup

1. Nama sebenar
~Abu Abdullah Muhammad b Ismail b Ibrahim b al-Mughirah b Baradzabah al-Ju’fi al-Bukhari

2. Dilahirkan pada
~194H/810M di Bukhara

3. Bapanya meninggal ketika beliau di dalam kandungan ibunya

4. Bapanya adalah orang yang soleh

5. Pada masa kecil Imam Bukhari terkena penyakit mata sehingga tidak dapat melihat

6. Ibunya bermimpi Nabi Ibrahim menerangkan bahawa penyakit anaknya akan sembuh disebabkan doa ibu yang solehah

7. Gelaran :
~Amirul Mukminin di kalangan ahli hadis

8. Meninggal pada
~256H/870M ketika berusia 62 tahun

Pendidikan

1. Mendapat pendidikan sejak kecil daripada ibunya sendiri

2. usia 11 tahun
~membetulkan kesilapan gurunya mengajar hadis

3. Usia 16 tahun
~menghafaz kitab-kitab yang ditulis oleh Ibnu Mubarak dan Waki’

4. usia 18 tahun
~mula menulis hadis

5. Menemui 1000 orang ulama, guru dan perawi hadis

6. Merantau selama 16 tahun untuk menuntut ilmu

7. Berulang alik ke Baghdad, Mesir, Syam dan lain-lain negeri

8. Mencatat hadis daripada lebih 1000 orang guru

9. Hafaz 100 000 hadis sahih dan 200 000 hadis tidak sahih

Sumbangan imam Bukhari

Berkerja keras selama 16 tahun untuk menghasilkan kitab :
~al-Jami’ as-Sahih al-Musnad min Hadis Rasulullah SAW Wasunnatihi Wa Ayyamihi (Sahih Bukhari yang mengandungi 7275 hadis)

Syarat Hadis Sahih mengikut Imam Bukhari

1. Perawi mempunyai ingatan dan akal yang baik
2. Perawi orang Islam
3. Bersifat siqah
4. Sanadnya bersambung terus kepada Rasul

Amalan Imam Bukhari sebelum menulis sesebuah Hadis

1. Berwuduk
2. Solat 2 rakaat
3. Memohon taufik daripada Allah

Kegigihan dan ketelitian Imam Bukhari mengumpul Hadis

1. Berhati-hati memeriksa semua perawi dan matan hadis

2. Memastikan sanad hadis bersambung

3. Kumpul 600 000 buah hadis

4. Hafaz 100 000 buah hadis sahih

5. Berwuduk sebelum menulis hadis

6. Solat sunat dua rakaat sebelum menulis hadis

7. Mengembara selama 16 tahun untuk mengumpul hadis

8. Bertemu ramai ulama untuk mendapatkan hadis

9. Sentiasa memohon pertolongan dan petunjuk Allah Menghindari makanan haram dan syubhah

Karya-karya Imam Bukhari

1. Sahih al-Bukhari
2. at-Tarikh al-Kabir
3. at-Tarikh as-Saghir
4. at-Tarikh al-awsad
5. at-Tafsir al-Kabir
6. Kitab al-Mabsut
7. Kitab al-Hibah
8. Kitab al-Kunni

Saturday, June 27, 2020

Imam Al Ghazali : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

Imam Al Ghazali : Pendidikan Islam F4

Hyeeeeee korangsss 🐬

Welcome backkkkkkkk.... oooo 1st perlu subscribe like and komen duluuu okkkkk..

Lepastuu baru boleh bacaa tentang imam Ghazali okeh!!! ☺️

Riwayat Hidup

1. Nama sebenar Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali

2. Dilahirkan pada 450H/1058M

3. Digelar al-Ghazali sempena nama kampung kelahirannya Ghazalah

4. Berasal dari keluarga miskin

5. Bapanya pemintal bulu kambing yang soleh

6. Al-Ghazali seorang yang bijak, kuat ingatan, tekun, petah berpidato dan berpegang teguh kepada syariat Islam

7. Kuat beribadat, zuhud dan tidak menyukai dunia

8. Digelar Hujjatul Islam kerana cekap dan kuat membela Islam

9. Merupakan ulama, ahli fikir dan ahli falsafah terkemuka

10. Meninggal pada 505H/1111M di Tus

Pendidikan imam Ghazali

1. Belajar menulis dari sahabat bapanya di Tus

2. Belajar di sekolah yang didirikan oleh Perdana Menteri Nizam al-Malik

3. Beliau mempelajari membaca, menulis, menghafaz al-Quran, ilmu nahu, Bahasa Arab dan fiqah

4. Melanjutkan pelajaran ke Jarjan seterusnya ke Naisabur

5. Di sana beliau belajar daripada Abu al-Maala, Diyauddin al-Juwaini yang digelar Imam al-Haramain

6. Dengannya Imam Ghazali belajar fiqah, ilmu kalam, dan falsafah

7. Kemudian mendalami ilmu usul mengikut aliran al-Asyairah

8. Belajar teori dan amali sufi daripada ketua ahli sufi al-Faramadi

9. Belajar tasawuf daripada Abu Bakar al-Warak dan Abu Bakar at-Tusi

10. Penglibatan dengan Pendidikan
~ Setelah kematian gurunya al-Faramadi dan Imam beliau al-Haramain beliau berpindah ke Askar kerana jemputan perdana menteri Nizam al-Muluk untuk memberi pengajaran dan menjadi penasihat agung
~ Dilantik sebagai pengajar kanan di Universiti Nizamiah, Baghdad
~ Ramai ulama dan ahli politik menghadiri kelasnya

Sumbangan imam Ghazali

1. Penasihat agung perdana menteri Nizam al-Muluk

2. Pengajar kanan di Universiti Nizamiah, Baghdad

3. Pendokong fahaman al-Asyairah (Ahli Sunnah Wal Jamaah)

4. Menolak fahaman falsafah yang meresap ke dalam ilmu kalam

5. Pelopor golongan sufi

6. Karya Imam Ghazali
~ Ihya’ Ulumuddin
~ Al-Manqiz min ad-Dhalal
~ Tahafatul Falasafah
~ al-Wajiz

Kata-kata imam al-Ghazali yang masyhur

“Semua orang akan binasa kecuali orang yang berilmu”

“Semua orang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal dan ikhlas”

“Amal tanpa ilmu adalah sesat”

“Ilmu tanpa amal adalah sia-sia”

Friday, June 26, 2020

Imam Ahmad b Hanbal : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

Hyeeeeeeee uallsssss.... 🌈

Kalini kita belajar tentang imam Ahmad pulaaaa..... so siapa imam Ahmad ni?????? 😱

Opss sebelum tu, jangan lupa subscribes komen & likeee blog Ninie okehhhhhh!!! 😉

Riwayat Hidup

1. Nama sebenar
~Ahmad b Muhammad b Hanbal

2. Dilahirkan
~Baghdad, Iraq

3. Tahun lahir
~164H/780M

4. Salasilahnya bertemu dengan keturunan rasul pada Mazan b Maad b Adnan

5. Terkenal dengan Ibnu Hanbal sempena nama datuknya

6. Peribadi imam Ahmad
~Seorang yang miskin
~Terpaksa mengambil upah menjual kain dan membawa barang-barang di jalan untuk menyara hidup
~Tidak menerima hadiah atau pemberian orang tanpa membuat kerja

~sangat mementingkan pendapatan halal
~Mementingkan kebersihan dan kekemasan
~Gemar warna putih
~Pendiam, suka berfikir dan tegas menentang kemungkaran

~Tidak sombong
~Mengasihi seseorang kerana Allah
~Bergaul dengan fakir miskin dan selalu membantu mereka

~Kurang bersahabat dengan orang besar
~Tidak takut celaan dan dibenci orang
~Banyak melakukan ibadah (solat 300 rakaat sehari. Selepas dijatuhkan hukuman solat 150 rakaat sehari)

7. Membaca 1/7 al-Quran setiap hari Khatam al-Quran setiap 7 hari

8. Tahun meinggal dunia
~231H/855M ketika berusia 77 tahun dan disemadikan di Baghdad

Pendidikan imam Ahmad

1. Membawa alat tulis dan kertas untuk menulis sesuatu
~kemana sahaja beliau pergi

2. Sangat mencintai ilmu

3. Menghafaz al-Quran dan mempelajari bahasa Arab

4. Mengembara ke beberapa negara untuk menuntut ilmu seperti Kufah, Basrah, Syam dan Yaman

5. Gurunya yang masyhur
~Imam Syafei, Sufian b Uyainah dan Yahya b Said al-Qattan

6. Terkenal sebagai mujtahid yang bijak

Sumbangan imam Ahmad

1. Menghasilkan buku

~Al-Musnad
– mengandungi 40 000 hadis

~Tafsir al-Quran, an-Nasikh Wal Mansukh, al- Muqaddimu Wal Muakkhiru, at-Tarikh, al-Manasik al-Kabir

2. Melindungi hadis daripada pemalsuan melalui kajian dan penyelidikannya

3. Pendokong Mazhab Hanbali

4. Melahirkan ramai murid yang terkemuka
~Abu Bakar b Hani’ dan Taqiyuddin Ahmad b Taimiah

Kehebatan Imam Ahmad

1. Gelaran
~al-Hakim (kerana menghafaz lebih 700 000 hadis)

2. Kata Imam Syafei “aku tidak tinggal seorang yang lebih baik….lebih tahu hukum selain daripada Ahmad b Hanbal”

Cara Imam Ahmad mensabitkan hukum

1. Tidak menggunakan hadis dhaif dalam mensabitkan hukum

2. Berhati-hati memilih hadis yang berhubung kait dengan masalah halal dan haram di segi matan atau sanad

Thursday, June 25, 2020

Imam Abu Hanifah : Pendidikan Islam tingkatan 4

Hyeeeeee gaisssss 😍

Welcomeeee too my blogg 😘 jadi kalini kita bincang pula tentang imam Abu Hanifah .. haa kenal ke tak tu? Nak tau siapa imam ni? 

Baca la sampai habis oke!!! Isi2 penting je Ninie letak dekat sini .. simple dan lengkap !!!

Riwayat hidup

1. Nama
~Nu’man b Thabit

2. Tempat Lahir
~di Kufah

3. Tahun Lahir
~80H/699M

4. Ayahnya peniaga kain

5. Dikenali dengan Abu Hanifah
~salah seorang anaknya bernama Hanifah (Abu = Bapa)

6. Dibesarkan dengan kehidupan senang dan mewah

7. Terdidik dengan perniagaan

8. Berpendidikan tinggi dan teguh dengan hukum Allah

9. Sifat peribadi
~Berakhlak mulia, pemurah, ikhlas, berani, suka memberi nasihat, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi

10. Sering bangun malam untuk solat sunat dan membaca al-Quran

11. Tahun meninggal dunia
~767M ketika berusia 70 tahun

Pendidikan

1. Banyak peluang menuntut ilmu sejak kecil sehingga ke peringkat tertinggi

2. Mempelajari pelbagai ilmu terutama ilmu undang-undang

3. Guru fiqah yang banyak memberi sumbangan kepadanya (18 tahun)
~Hamad b Abi Sulaiman

4. Berguru dengan ulama Tabiin dan beberapa sahabat Rasul
~Anas b Malik, Zaid b Ali, dll

5. Murid yang masyhur
~Abu Yusuf, Yaacob b Ibrahim al-Ansari al-Kufi, dan Zafrul Hazil b Qais al-Kufi

Sumbangan imam abu hanifah kepada tamadun Islam

1. Kebanyakan masa digunakan untuk mengajar di masjid

2. Berfikir secara kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fiqah

3. Ulama pertama menyusun kitab fiqah mengikut bab dan fasal

4. Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kaedah tertentu

5. Teliti dalam menentukan hukum mengikut martabat hadis

6. Karya kitab
~Al-Fiqh Al-Akbar dan Kitab Al-Faraid

7. Seorang yang amat teliti terhadap hadis

8. Pengasas Mazhab Hanafi

Ujian yang dihadapi Imam Abu Hanifah

1. Pernah dipenjara dan disebat 100 kali

2. Sebab dipenjara
~menolak jawatan jurutulis surat rasmi kerajaan Bani Umaiyyah
~menolak jawatan hakim di Baghdad

3. Meninggal dunia dalam penjara

Wednesday, June 24, 2020

Imam Malik : Pendidikan Islam tingkatan 4

Hye gaissss !!!!!

Welcome to my bloggg againnnnnn .... subscribes like and komen jangan lupa !!!!!

So kalini Ninie tulis pasal imam Malik pula 🥰 Apa yang Ninie bagi ni semua penting tau !! Wajib baca okehh !!!

Riwayat hidup

1. Nama sebenar :
~Malik b Anas b Malik b Amir al-Haris

2. Tempat Lahir :
~di Madinah

3. Tahun lahir :
~ 93H

4. Datuknya Malik b Amir adalah ulama Tabiin yang terkemuka

5. Moyangnya Amir :
~sahabat terkemuka dan pernah berperang bersama Nabi kecuali peperangan Badar

6. Sifat peribadi :
~Dididik sejak kecil menghormati ibubapa, orang dewasa dan guru
~Berbadan tegap, kuat serta berpakain bersih dan cantik
~Mempunyai pandangan yang bernas
~Mempunyai pendirian yang teguh
~Bijaksana, cerdas dan kuat ingatan

~Berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang sakit dan menziarahi jenazah
~Banyak membantu orang yang mempunyai hajat dan tidak suka mencela orang
~Seorang yang tawadduk
~Tidak pernah menunggang kudanya di Madinah kerana menghormati bumi yang di dalamnya terdapat jasad Nabi
~Apabila ditanya tentang hadis beliau akan mandi, memakai pakaian yang bersih, memakai bau-bauan dan serban terlebih dahulu sebelum memberikan jawapan

7. Tahun Meninggal dunia :
~179H/798M ketika usia 86 tahun

8. Dikebumi di perkuburan Baqi’

Pendidikan

1. Menghafal al-Quran dan Hadis sejak kecil

2. Imam dalam ilmu hadis

3. Mempelajari pelbagai bidang ilmu
~seperti Hadis, fiqah dan lain-lain daripada beberapa guru

4. Berguru dengan lebih kurang 900 guru darpada Tabiin dan Tabi Tabiin

5. Guru pertama :
~ Imam Abdul Rahman b Hamzah

6. Belajar Hadis daripada :
~Ibnu Syihab az-Zuhri

7. Belajar ilmu ar-Ra’yu daripada :
~Rabiah b Abdul Rahman (Rabiah ar-Ra’yu)

8. Mula mengajar :
~usia 17 tahun

9. Gurunya sendiri menghadiri majlis ilmu Imam Malik :
~antaranya Muhammad Muslim az-Zuhri

10. Ramai pelajarnya yang datang dari negeri-negeri yang jauh

Sumbangan Imam Malik

1. Pengasas Mazhab Maliki

2. Karya kitabnya :
~Al-Muwatta {sangat terkenal)

3. Kitab tersebut menjadi rujukan yang sangat penting terutama di bidang hadis, tafsir dan fiqah

Tuesday, June 23, 2020

IMAM SYAFIE : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4


Hyeeeee hampaaaa 😂😂

Welcome to my bloggggggg😘 subscribe jangan lupa, like and komen tau tau tau 😍

So here serba sedikit tentang imam syafie untuk subjek pendidikan islam F4 2020 . So budak SPM 2020 u need this okeh !

Riwayat hidup

1. Nama sebenar
~Muhammad b Idris b al-Abbas b Othman b Syafi’e b as-Saib.

2. Nasab dengan Nabi :
~Bertemu dengan keturunan Nabi pada datuknya Abdul Manaf

3. Tempat Lahir :
~Ghazzah, Asqalan, Palestin

4. Tarikh lahir :
~pada 150H/767M

5. Gelaran :
~Syafei yang diambil sempena nama datuknya

6. Sifat-sifat beliau :
~Mempunyai ingatan yang kuat, terang hati, rajin dan peribadi yang sangat tinggi

7. Tarikh meninggal dunia :
~204H / 820M di Mesir

8. Keturunan :
~Arab Quraisy

9. Tempat meninggal dunia
~Di Mesir, dimakamkan disebuah masjid di Arafah, Mesir

10. Ibubapanya berasal dari Mekah dan telah menziarahi Palestin dan ketika itu beliau masih dalam kandungan ibunya.

11. Dibesarkan dalam kehidupan serba kemiskinan.

12. Berada dalam kandungan ibunya selamanya 2 tahun.

13. Kecekapannya behujah membela diri menyebabkan beliau dibebaskan oleh khalifah Harun Al-Rasyid dan diizinkan menetap di Bagdad

14. Sangat memuliakan gurunya sehingga digelar “tongkat malik” (kerana Imam Malik selalu memegangnya apabila berjalan kerana terlalu uzur)

Pendidikan imam syafie

1. Mula belajar al-Quran
~ketika berusia 5 tahun

2. Menghafaz al-Quran
~ketika berusia 9 tahun

3. Menghafaz kitab al-Muwatta
~ketika berusia 10 tahun

4. Sifat terpuji :
~Sentiasa berada di samping gurunya apabila gurunya mengajar

5. Mendalami pelbagai ilmu :
~Menguasai semua lahjah dan budaya arab

6. Mahir dalam penulisan dan mampu menggubah syair dan sajak

7. Di Mekah
~beliau belajar hadis daripada Abdul Majid b Abdul Aziz , dll

8. Belajar ilmu al-Quran
~daripada Ismail b Qastantin

9. Di Madinah
~beliau belajar daripada Imam Malik b Anas , dll

10. Mengembara ke :
~Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk belajar

11. Mengajar hadis
~Di dalam kitab al-Muwatta

12. Anak murid :
~Imam Ahmad Bin Hanbal , dll

Sumbangan imam syafie

1. Mengasaskan kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum
~seperti menggunakan hadis sahih

2. Tidak menerima kaedah istihsan

3. Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan hukum

4. Berijtihad mengikut tempat dan masa
~Kaul Qadim di Baghdad dan Kaul Jadid di Mesir

5. Berhujjah dengan golongan anti hadis

6. Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam bidang ibadah

7. Kitab :
~ar-Risalah, al-Um dan al-Musnad

8. Mempunyai ramai murid yang terkenal

9. Gelaran :
~bapa usul fiqh [ kerana merupakan orang pertama menulis buku di bidang tersebut ‘al-Musnad’ ]

10. Pengasas mazhab Syafie