Elloo eberibadiiii
Assalamualaikum dan holla, guys.
Harini kita throwback sikit lah, sebab nak simpan kenangan-kenangan ni dekat sini. Zaman sekolah, banyak benda jadi—program, event, drama, semua ada! Kalau tak tulis sekarang, nanti confirm lupa. So, let’s goooo!
Form 1 - 2016
🗣 Choral Speaking
Yang ni 1 kelas kena join. Peringkat daerah, pi la ambil pengalaman pertama. Actually tak ingat sangat sebab dah lama 😂 tapi lawak la juga cara kami melontarkan choral speaking tu. Jadi tak jadi hihi.
Form 2 - 2017
🎤 Dai Sempena Bulan Ramadan
Minat dan memang nak join. Setelah sekian lama tak berbicara depan orang ramai, last bercakap depan orang ramai waktu pidato darjah 6 dulu. Tiba-tiba gemuruh lain macam! Pi mana Ninie yang over confident dulu tah? After ni, trauma sikit ye nak cakap depan orang. Tetiba ketor-ketor seluruh badan 😅
Form 3 - Mei 2018
🔎 Eksplorasi Dunia Pidato & Inovasi
Cikgu-cikgu start bawa Ninie ke sana sini, tengok abang-abang kakak-kakak lawan pidato, forum & debat. Tak join lagi, ambil feel je dulu—. Tahun ni ada banyak inovasi, sekolah ajak join. Permulaan la untuk adik-adik Form 3 gitu. Abang-abang kakak-kakak join inovasi yang lagi power. I pun tiba-tiba interest nak join inovasi Solar Vehicle peringkat daerah. Ok lah buat pengalaman. Fun jugak.
🏆 Pertandingan Robot Car
Ni gambar waktu satu universiti ni handle program dekat sekolah. Ninie join lawan motor robot car, tetiba power ekk. Menang first place HAHAHAHAHA. Dapat la sagu hatiiiii hihi 💵💵💵
Form 4 - 2019
📢 Pidato
Tak ingat bulan apa, tapi dalam sekitar Mac ke Mei kot? Cikgu propose untuk wakil pidato. Dalam masa 2-3 hari je, terus gi lawan. Dah la kena buat skrip sendiri. Urgent nak juga wakil sekolah ni. Ninie pun ok je walaupun takut sikit, teringat diri ni jenis nervous hahaha. Masuk ambil pengalaman. Tak power pun, sebab Ninie nervous gila bab spontan 🤣
🥈 Pertandingan Inovasi I-GEN '19 Peringkat Negeri Kedah - Silver Medal
Yang ni Ninie tak bercadang pun nak join inovasi ni. Waktu cikgu suruh, tak teringin pun. Waktu pemilihan tak join pun. Malas lah hahaha. Tapi selalu pula cikgu subjek lain tak hadir, cikgu tak masuk kelas, so bosan dalam kelas, Ninie ikut la member pi buat projek inovasi depa. Kekadang stay up sampai petang sebab cikgu yang handle inovasi tu memang match dengan I. Syok sembang. Lagi lah Ninie suka menenggek dukkkk kat makmal setiap hari 🤣 Tiba-tiba cikgu nak I join inovasi tu. Entah macam mana, Ninie join….? Hahahaha. Tiba-tiba jadi ahli, tiba-tiba ikut pi lawan, tiba-tiba menang silver 🤣 Alhamdulillah je lah ye?
🏅 International Eureka Innovation Exhibition 2019 - Gold Medal
Lagi, cikgu2 uar-uarkan untuk inovasi peringkat kebangsaan. Kat sini cikgu lain offer Ninie untuk ikut dia punya inovasi dengan junior. Mula-mula macam tak mau dah masuk mana-mana. Team MMC still masuk macam biasa. Saya tarik diri dulu. Dok tak mau lah tapi cikgu dok pujuk, last-last I terjoin adik-adik tu 😂 Maka bertungkus-lumuslah siapkan pagi petang dan akhirnya buah hasil gold medal! Hehe nice2.
Form 5 - 2020 (SPM Pro Max)
🎤 Pidato
Waktu ni musim COVID, pertandingan pun huru-hara sikit. Asalnya tiga cikgu dah propose Ninie untuk pidato, forum & debat. Tapi malangnya tarikh pertandingan jatuh pada hari yang sama sebab COVID susah betul nak arrange pertandingan. Berlaku sedikit konflik merebutku 🤣 Weh rasa dihargai HAHAHAHAHA. Ku serahkan je dekat mereka bertiga untuk buat pilihan 😂 Tapi last-last cikgu pidato tu menang, ninie masuk lagi pidato kali kedua.
Nak jadikan cerita, debat tu dibatalkan terus. Forum cari wakil lain. Cuma kali ni pidato ni banyak sikit peringkat. Tiga kali kot? Lepas la juga spontan tapi peringkat last spontan I kelaut 🤣 Nervous nok, dengan waktu kemuncak COVID, prosedur dia banyak gila. Tapi pengalaman yang indah hihi. Diraikan macam aku menang gold oleh PK2 & pengetua. (Dapat angpau maa, hihi)
✏️ Ogos 2020: Pertandingan Sekolah (Sempena Merdeka)
Duduk rumah lama sangat, bosan tahap maksima. So join jelah pertandingan-pertandingan yang sekolah anjurkan. Tak sangka menang semua pula! Penuh alat tulis sampai degree pun tak habis guna lagi nih! Hahahaha.
Throwback ni memang panjang, tapi puas hati dapat simpan sini. Banyak benda jadi masa sekolah dulu, dan semua ni memang pengalaman yang berharga 😆 see you when i see you! Xoxo
No comments:
Post a Comment