Tuesday, April 27, 2021

Program Sekolah: Simpan Sini Buat Kenangan

Elloo eberibadiiii

Assalamualaikum dan holla, guys.


Harini kita throwback sikit lah, sebab nak simpan kenangan-kenangan ni dekat sini. Zaman sekolah, banyak benda jadi—program, event, drama, semua ada! Kalau tak tulis sekarang, nanti confirm lupa. So, let’s goooo!


Form 1 - 2016

🗣 Choral Speaking 

Yang ni 1 kelas kena join. Peringkat daerah, pi la ambil pengalaman pertama. Actually tak ingat sangat sebab dah lama 😂 tapi lawak la juga cara kami melontarkan choral speaking tu. Jadi tak jadi hihi.


Form 2 - 2017


🎤 Dai Sempena Bulan Ramadan 

Minat dan memang nak join. Setelah sekian lama tak berbicara depan orang ramai, last bercakap depan orang ramai waktu pidato darjah 6 dulu. Tiba-tiba gemuruh lain macam! Pi mana Ninie yang over confident dulu tah? After ni, trauma sikit ye nak cakap depan orang. Tetiba ketor-ketor seluruh badan 😅


Form 3 - Mei 2018


🔎 Eksplorasi Dunia Pidato & Inovasi

Cikgu-cikgu start bawa Ninie ke sana sini, tengok abang-abang kakak-kakak lawan pidato, forum & debat. Tak join lagi, ambil feel je dulu—. Tahun ni ada banyak inovasi, sekolah ajak join. Permulaan la untuk adik-adik Form 3 gitu. Abang-abang kakak-kakak join inovasi yang lagi power. I pun tiba-tiba interest nak join inovasi Solar Vehicle peringkat daerah. Ok lah buat pengalaman. Fun jugak.


🏆 Pertandingan Robot Car

Ni gambar waktu satu universiti ni handle program dekat sekolah. Ninie join lawan motor robot car, tetiba power ekk. Menang first place HAHAHAHAHA. Dapat la sagu hatiiiii hihi 💵💵💵


Form 4 - 2019


📢 Pidato 

Tak ingat bulan apa, tapi dalam sekitar Mac ke Mei kot? Cikgu propose untuk wakil pidato. Dalam masa 2-3 hari je, terus gi lawan. Dah la kena buat skrip sendiri. Urgent nak juga wakil sekolah ni. Ninie pun ok je walaupun takut sikit, teringat diri ni jenis nervous hahaha. Masuk ambil pengalaman. Tak power pun, sebab Ninie nervous gila bab spontan 🤣


🥈 Pertandingan Inovasi I-GEN '19 Peringkat Negeri Kedah - Silver Medal

Yang ni Ninie tak bercadang pun nak join inovasi ni. Waktu cikgu suruh, tak teringin pun. Waktu pemilihan tak join pun. Malas lah hahaha. Tapi selalu pula cikgu subjek lain tak hadir, cikgu tak masuk kelas, so bosan dalam kelas, Ninie ikut la member pi buat projek inovasi depa. Kekadang stay up sampai petang sebab cikgu yang handle inovasi tu memang match dengan I. Syok sembang. Lagi lah Ninie suka menenggek dukkkk kat makmal setiap hari 🤣 Tiba-tiba cikgu nak I join inovasi tu. Entah macam mana, Ninie join….? Hahahaha. Tiba-tiba jadi ahli, tiba-tiba ikut pi lawan, tiba-tiba menang silver 🤣 Alhamdulillah je lah ye?


🏅 International Eureka Innovation Exhibition 2019 - Gold Medal

Lagi, cikgu2 uar-uarkan untuk inovasi peringkat kebangsaan. Kat sini cikgu lain offer Ninie untuk ikut dia punya inovasi dengan junior. Mula-mula macam tak mau dah masuk mana-mana. Team MMC still masuk macam biasa. Saya tarik diri dulu. Dok tak mau lah tapi cikgu dok pujuk, last-last I terjoin adik-adik tu 😂 Maka bertungkus-lumuslah siapkan pagi petang dan akhirnya buah hasil gold medal! Hehe nice2.


Form 5 - 2020 (SPM Pro Max)


🎤 Pidato

Waktu ni musim COVID, pertandingan pun huru-hara sikit. Asalnya tiga cikgu dah propose Ninie untuk pidato, forum & debat. Tapi malangnya tarikh pertandingan jatuh pada hari yang sama sebab COVID susah betul nak arrange pertandingan. Berlaku sedikit konflik merebutku 🤣 Weh rasa dihargai HAHAHAHAHA. Ku serahkan je dekat mereka bertiga untuk buat pilihan 😂 Tapi last-last cikgu pidato tu menang, ninie masuk lagi pidato kali kedua.


Nak jadikan cerita, debat tu dibatalkan terus. Forum cari wakil lain. Cuma kali ni pidato ni banyak sikit peringkat. Tiga kali kot? Lepas la juga spontan tapi peringkat last spontan I kelaut 🤣 Nervous nok, dengan waktu kemuncak COVID, prosedur dia banyak gila. Tapi pengalaman yang indah hihi. Diraikan macam aku menang gold oleh PK2 & pengetua. (Dapat angpau maa, hihi)


✏️ Ogos 2020: Pertandingan Sekolah (Sempena Merdeka)

Duduk rumah lama sangat, bosan tahap maksima. So join jelah pertandingan-pertandingan yang sekolah anjurkan. Tak sangka menang semua pula! Penuh alat tulis sampai degree pun tak habis guna lagi nih! Hahahaha.


Throwback ni memang panjang, tapi puas hati dapat simpan sini. Banyak benda jadi masa sekolah dulu, dan semua ni memang pengalaman yang berharga 😆 see you when i see you! Xoxo

Tuesday, March 16, 2021

Survival Mode: SPM Pro Max, COVID-19 & Drama 2021

Elloo eberibadiiii

Assalamualaikum dan holla, manusia sekalian.


Setelah sekian lama, Ninie kembali menaip. Surprise! (Ke tak ada yang perasan? 😂)


Last post Ninie bulan 8 tahun 2020, dan sekarang dah bulan 3 tahun 2021. Maknanya, hampir setengah tahun blog ni terbiar bersawang. Dan dalam tempoh tu, Ninie masih bergelar budak sekolah—batch SPM Pro Max. Form 5 yang patutnya habis hujung 2020, meleret sampai 2021. Bukan sebulan dua, tapi berbulan-bulan lamanya. Setiap kali rasa "okay, ni dah last year," eh, jappp, kena sekolah lagi 😭 Boleh kata survival mode Ninie dah tahap legend. Terpaksa hadap form 5 yang panjang!


Tapi, SPM kena belajar dari rumah????? Omg love!!! 💖 Disebalik semua manusia stress duduk rumah, tak boleh keluar lepak, tak boleh melagha sana sini dengan kawan, jauh di lubuk hati ku ini, i suka gila PKP. Duduk rumah, kelas online—fuhh, satu nikmat yang Allah bagi untuk Ninie rest dari jumpa manusia2 pelik kat dunia ni. Waktu PKP ni lah paling bahagia Ninie pernah rasa. Walaupun kena belajar online, bagi Ninie tu bukan satu cabaran. Tapi, lagi faham dan tenang. Tak payah susah-susah bersiap ke kelas, tak ada gangguan sekeliling (kalau dekat sekolah, mulut i tak boleh berhenti nak bercakap! Hahaha).


Guess what, Ninie terlalu bahagia sampai berat naik berkilo-kilo mendadak????? 😭😂 Ok cerita berat tamat sini ——.


Bab belajar untuk SPM, sistem ulang-alik antara online dan fizikal—beberapa bulan online, beberapa bulan pergi sekolah. Nice jugak, sebab bila pi sekolah, hanya student form 5 je ada. Sunyi, tenang, tak ada perhimpunan, cikgu2 pun relax dan lebih santai, rasa macam sekolah ni kita yang punya!!!!! Hahaha. Vibes paling best bagi Ninie.


Waktu rehat pun heaven—makan dalam kelas, tak payah susah-susah kena paksa keluar kosongkan kelas. Nak study, nak dengar cikgu mengajar pun senang, tak bising macam selalu. Memang pengalaman SPM yang tak akan berulang! 😆


Lepas habis SPM, ada dua perasaan yang bercampur—lega dan tak percaya. Lega sebab dah bebas dari segala stress hidup. Tapi dalam masa yang sama, rasa macam "Eh? Betul ke ni? Aku dah tak sekolah? I dah big girl ke?? 🥺"


Dari dulu, tak sabar nak habis sekolah. Tak sabar nak lari dari hadap sekolah. I memang fikir kalau dah keluar sekolah ni, i tak kan jejak kembali. Maksudnya i tak akan sambung form 6 atau kembali jadi cikgu dekat sekolah tu? Tu apa yang i rancang lah. Apa nak jadi masa depan wallahualam i serahkan kepada Allah swt.


Bukanlah masa sekolah tu teruk bagi i, tapi beberapa pengalaman tu yang buat i rasa—sweet bitter life. Ada manusia yang terlalu manis, ada yang terlalu pahit — ada eh manusia macam ni? Wujud eh manusia macam ni? Soalan ni, untuk both! Kalau untuk yang manis, rasa macam i harap urusan dia dipermudahkan sampai bila-bila!!! Kalau yang pahit tu—— hmm.


Tapi kan, i tak nak menuju ke arah dewasa? Omg I’m not ready to go kolej or universiti lagi??? Nak stay dekat masa ni je boleh tak?? Kita berhenti kan masa kejap boleh?


Rancangan i lepas ni, apply matrik. Ada beberapa sebab— 1. I nak fast track. 2. I masih tak tau nak sambung apa. Ninie minat apa? Macam i tulis dekat intro, minat i berubah setiap hari. Banyak betul minat hihi. Kita follow the flow je ok?


Tapi yang baca mesti fikir, budak ni tak ada ke pendirian untuk kerja masa depan dia? Ye, tak ada. Personally, i ok je kerja apa-apa. Dan mungkin kerja i nak tu i rimas nanti? Semua benda i boleh minat, dan boleh tak minat dalam 1 hari. I jenis follow je the flow, apa yang dapat, i percaya tu yang terbaik. Dan semestinya tak dak lah i buat keputusan sambil lewa. I cari juga maklumat, kelebihan, kekurangan, kalau ambil bidang ni boleh pergi mana, masuk matrik lepas tu? I pun bincang dengan mak abah. And yes, mak abah memang nak Ninie masuk matrik, so macam lagi senang i buat keputusan.


Lepas ni, untuk universiti, kita fikir lepas ni laa ekk? Tu je kot coretan kali ni. Blog seterusnya tak tau lagi bila, dok rasa tahun depan pula 🤣🤣 see you when i see you! Xoxo