Friday, July 24, 2020

ADAB DI TEMPAT REKREASI : pendidikan islam tingkatan 4

Ellooooooo eberibadiiiii

Welcome to my blog............

Harini tajuk pendidikan islam tingkatan 4 : ADAB DI TEMPAT REKREASI 🍌

Pengertian rekreasi
▪ Kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali badan

Kategori reakrasi

Rekreasi aktif
▪ Reakrasi yang tertumpu kepada aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal seperti bersukan, berenang dan mendaki

Rekreasi pasif
▪ Reakrasi yang tidak memerlukan banyak tenaga fizikal dan pergerakan yang banyak seperti bersiar-siar dan berkelah

Faedah rekreasi

▪Jangka Pendek
> Jangka Panjang

Fisiologi
▪Kuatkan stamina
> Ketahanan penyakit
▪ Mengimbangi mental
> Memantapkan kecergasan
▪ Mengeluarkan peluh
> Kuatkan anti bodi

Psikologi
▪ Tenangkan fikiran
> Otak cergas
▪ Kurangkan tekanan perasaan
> Minda aktif
▪ Badan lebih ceria
> Cepat bertindak

Sosiologi
▪ Semangat kerjasama
> Individu aktif
▪ Memupuk perpaduan
> Masyarakat sejahtera
▪ Eratkan silaturrahim
> Negara maju

Adab berekreasi

1. Berpakaian menutup aurat
2. Menjaga batas pergaulan
3. Aktiviti tidak bertentangan syarak
4. Menjaga harta awam
5. Mematuhi peraturan yang disediakan
6. Menjaga kebersihan
7. Menjaga alam semulajadi
8. Menghormati pengunjung lain

Ciri-ciri tempat reakrasi yang baik

Aspek & Contoh

Kemudahan Fizikal
~ Musalla/surau
~ Tempat berwuduk
~ Tandas dan bilik-bilik air
~ Tempat istirehat dan penginapan
~ Kawasan letak kereta dan bas
~ Kemudahan jalanraya
~ Telefon awam

Keselamatan
~ Tidak berbahaya
~ Alat pemadam api
~ Penguatkuasa undang-undang
~ Peraturan yang jelas

Keistimewaan
~ Pemandangan dan lanskap yang cantik
~ Terdapat kemudahan membuat kajian
~ Kedai dan gerai
~ Boleh digunakan untuk aktiviti yang ringan dan lasak
~ Sesuai untuk aktiviti perseorangan dan kumpulan
~ Kemudahan untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa
~ Kawasan khas bagi kaum wanita

Hikmah beradab di tempat rekreasi

1. Dapat keredhaan Allah
2. Memupuk silaturrahim
3. Menanam sifat cintai alam sekitar
4. Mengekalkan warisan alam
5. Menghindari mungkar
6. Menyelamatkan harta awam
7. Mengekalkan persekitaran bersih
8. Melahirkan masyarakat yang berdisiplin

Wednesday, July 22, 2020

Imam dan tokoh pendidikan islam tingkatan 4

Ellooooo eberibadiiiiiiiii

Kalau nak tajuk2 imam tingkatan 4, boleh tekan link di bawah. Tekan je nama warna biru ni, terus muncul nota yang awak nak !








TOKOH TOKOH : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Ellooooo eberibadiiiii

Kalau hampa nak tajuk tajuk tokoh pendidikan islam tingkatan 5 , silalah tekan link di bawah ! Tekan dekat nama warna biru ni okeh !

▪ Ibnu Sina

▪ Ibnu Khaldun

▪ Assyeikh Muhammad Abduh

▪ As-Sayid Jamaliddin Al-Afghani

▪ Hamka

▪ Syeikh Tahir Jalaluddin

Adab Amar Makhruf Nahi Mungkar : Pendidikan Islam Tingkatan 4

Elloooooo gaissass

Tajuk pendidikan islam tingkatan 4 kita kalini adalah Adab Amar Makhruf Nahi Mungkar 👍

Pengertian

Amar makruf
▪ Menyeru melakukan kebaikan
~ Contoh : Mengajak kawan solat

Nahi mungkar
▪ Mencegah perbuatan mungkar
~ Contoh : Nasihat kawan supaya tidak mencuri

Sifat pendakwah

1. Berilmu
2. Beramal dengan ilmu
3. Berakhlak mulia

Adab amar makruf dan nahi mungkar

1. Cara berhikmah
2. Nasihat yang baik
3. Berbincang dengan cara baik

Cara amar makruf nahi mungkar yang dilakukan oleh Rasulullah

1. Memilih masa yang sesuai
2. Berdakwah secara diplomasi
3. Memberi hadiah
4. Guna kata-kata baik yang melembutkan hati
5. Memberi kemaafan
6. Menceritakan sesuatu berdasarkan kaum terdahulu

Hikmah amar makruf nahi mungkar

1. Menegakkan syariat Allah
2. Mengatasi kemungkaran
3. Pembangunan lancar
4. Ekonomi meningkat
5. Keselamatan terjamin
6. Mengangkat martabat agama
7. Memelihara maruah

Adab Menziarahi orang sakit : pendidikan islam tingkatan 4

Elloooooooo gaissss

So here adab menziarahi orang sakit pendidikan islam tingkatan 4 😉

1. Aspek Rohani
~ Beri peringatan bahawa sakit adalah ujian Allah
~ Nasihat supaya sabar
~ Ingatkan pesakit supaya solat
~ Membantu pesakit menjalankan kewajipan
~ Ingatkan pesakit supaya ingatkan Tuhan

2. Aspek Emosi
~ Tuturkata dengan lembut
~ Memahami keperitan menanggung kesakitan
~ Melayan mereka dengan mesra dan muka manis
~ Sabar melayan mereka

3. Aspek Fizikal
~ Memastikan pesakit bersih
~ Menghantar pesakit ke tempat rawatan sesuai
~ Mengingatkan mereka supaya makan ubat
~ Memberi kerehatan secukupnya
~ Bertanya tentang keinginan dan keperluan

Hikmah beradab ketika menjaga orang sakit

1. Merapatkan silaturrahim
2. Menunaikan tanggungjawab terhadap pesakit
3. Meringankan penderitaan mereka
4. Meningkatkan syiar agama Islam
5. Melahirkan sifat perihatin
6. Memberi keinsafan supaya bersyukur

Sunday, July 19, 2020

Akal cahaya hidup : pendidikan islam tingkatan 4

Ellooooo eberibadii...

Harini Ninie bagi tajuk akal cahaya hidup : pendidikan islam tingkatan 4 🥕

Kepentingan akal bagi manusia

1. Membeza di antara manusia dan haiwan
2. Untuk berfikir
3. Untuk menentukan tindakan

Sumber berfikir

1. Wahyu dan syariat Islam
2. Akal fikiran
3. Bukti-bukti kajian saintifik
4. Maklumat dan fakta yang benar dan tepat
5. Matlamat yang jelas

Cara berfikir

1. Mengetahui tujuan berfikir
2. Mengetahui cara mencapai matlamat
3. Mengetahui risiko yang akan berlaku
4. Mengetahui tujuan berfikir
5. Mengetahui perkara yang difikirkan
6. Mengetahui batasan dan kemampuan akal

Hikmah berfikir menurut Islam

1. Memantapkan iman
2. Menyedari kekuasaan dan kebesaran Allah
3. Dihormati dan disanjungi oleh masyarakat
4. Proaktif dan berdaya maju
5. Boleh menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan
6. Dapat menceburi bidang-bidang baru yang bermanfaat
7. Dapat menghindar daripada unsur khurafat
8. Dapat menghindar daripada unsur nagatif

Saturday, July 18, 2020

Adab Berhias Diri : Pendidikan Islam Tingkatan 4

Ellooooo eberibadiii

Welcome backkkk dengan tajuk Adab Berhias Diri pendidikan Islam tingkatan 4 ✅

Jangan lupa share like & subscribe okeh! xoxo ❤️

Pengertian berhias diri

▪Penjagaan anggota fizikal, pakaian dan perhiasan supaya kelihatan cantik dan menarik

Adab berhias diri

1. Mandi
▪ Mandi wajib
▪ Mandi sunat ~ mandi Hari Raya, mandi Hari Jumaat

2. Bersugi/gosok gigi

3. Memakai bau-bauan
▪ Sunat bagi lelaki ketika ke masjid
▪ Haram bagi wanita berlebih-lebih atau menarik perhatian bukan muhram

4. Menyikat rambut

5. Memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari

6. Menghias muka (cabut bulu kening haram)

7. Menjaga cara berpakaian

Panduan berpakaian dalam Islam

1. Niat mensyukuri nikmat Allah
2. Bukan bertujuan membangga diri
3. Menutup aurat
4. Tidak jarang
5. Tidak ketat
6. Tidak menyerupai pakaian upacara agama lain

Amalan berhias diri yang dilarang

1. Memakai emas dan sutera bagi lelaki
2. Pakaian yang berlawanan jantina
3. Menyambung rambut (rambut palsu)
4. Membuat tatu
5. Pembedahan anggota untuk kecantikan

Hikmah berhias diri

1. Disukai oleh Allah dan manusia
2. Dapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah
3. Menjauhkan diri dari penyakit
4. Menjaga maruah diri dan agama

Saturday, July 4, 2020

Syeikh Tahir Jalaluddin : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5


Ellooooo eberibadiii

So yang terakhir untuk tajuk F5 pendidikan islam!!!!! SYEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAH AIR 😍

Hope ualls dapat banyak ilmu dari blog Ninie !!!! Jangan lupa like subscribe ocey! Xoxo

Biodata

1. Nama sebenar
~ Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin

2. Dilahirkan pada
~ 1869M di Sumatera Barat, Indonesia

3. Berasal dari keluarga yang berilmu

4. Bapanya seorang ulama dan hakim yang terkenal

5. Memperolehi gelaran Syeikh ketika menjadi mufti Perak

6. Meninggal pada 1956M di Perak

Keperibadian Syeikh Tahir Jalaluddin

1. Menepati masa

2. Kreatif dan cinta kepada ilmu

3. Tekun dan gigih menyebarkan idea Islah
~ Dipenjara 9 bulan atas tuduhan menentang Belanda

4. Tegas dan memiliki semangat juang yang tinggi

Pendidikan Syeikh Tahir Jalaluddin

1. Belayar ke Mekkah ketika usia 12 tahun

2. Belajar agama daripada saudara sepupunya di Masjidil Haram

3. Menyambung pelajaran dalam bidang ilmu falak di Universiti al-Azhar pada 1893M

4. Pulang ke tanah air pada 1899M dan mengembangkan ilmunya bagi memajukan masyarakat

Idea Islah Syeikh Tahir Jalaluddin

1. Menyeru umat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan al-Quran dan Sunnah

2. Menjauhkan pengaruh negatif khususnya pengaruh barat

3. Menyeru umat Islam mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah

4. Menolak taklid buta

Metod Syeikh Tahir Menyampaikan Idea Islah

1. Melalui penerbitan akhbar dan majalah seperti majalah al-Imam, al-Munir, Neraca dan Pengasuh

2. Melalui jawatan yang disandang iaitu mufti Perak dan Johor

3. Melalui proses pengajaran di sekolah al-Masyhor, Pulau Pinang

4. Melalui penubuhan sekolah seperti Madrasah al-Iqbal al-Islamiah di Singapura

Sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin Dalam Bidang Ilmu Dan Pemikiran

1. Di Bidang Pemikiran
~ Menyalurkan idea Islah menerusi majalah al-Imam

2. Di Bidang Ilmu Dan Pendidikan
~ Menubuhkan Madrasah al-Iqbal al-Islamiah di Singapura pada 1908M
~ Mengembangkan ilmu Falak di Malaysia sehingga beliau digelar al-Falaki kerana kemahirannya dalam ilmu tersebut

3. Penggiat sastera

Friday, July 3, 2020

Hamka : PENDIDIKAN ISLAN TINGKATAN 5

Ellooooo eberibadiii...

Kita kembali dengan tajuk Hamka permata Nusantara..

Jangan lupa subscribe like and komen blog Ninie okeh! Tqsm ! XOXO

Biodata

1.        Nama sebenar
~ Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim

2. Tahun lahir
~ 1362H/1908M di Minangkabau, Sumatera Barat

3. Bapanya seorang ulama terkenal

4. Menerima banyak anugerah kerana jasa dan sumbangannya

5. Tahun Meninggal
~ 1981M ketika berusia 73 tahun

Keperibadian HAMKA

▪ Peribadi & Bukti

Petah berpidato
~ Pernah berpidato dalam radio Arab Saudi

Berjiwa seni
~ Menghasilkan banyak karya seperti novel, syair dan pantun
~ Gaya bahasanya yang menusuk kalbu

Berani
~ Mengetuai front pertahanan nasional
~ Mengkritik kepincangan kerajaan Indonesia
~ Sanggup di penjara

Pendidikan HAMKA

1. Belajar al-Quran dan asas agama daripada bapanya

2. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang

3. Banyak menghabiskan masa di perpustakaan untuk membaca

Kegigihan HAMKA Mengembangkan Dakwah Islamiah Di Nusantara

1. Menerbitkan majalah Khatibul Ummah pada usia 17 tahun

2. Mengasaskan Persatuan Hindia Timur pada 1927 untuk memberi pelajaran kepada jemaah haji Indonesia

3. Menganggotai Pertubuhan Muhammadiah

4. Mengasaskan Kolej al-Muballighin pada 1935M

5. Menerbitkan majalah Pedoman pada 1936M dan beberapa majalah dakwah yang lain

6. Dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Pertubuhan Muhammadiah pada 1935M

Sumbangan HAMKA Dalam Bidang Ilmu Dan Pemikiran

1. Tokoh ulama yang melakukan pembaharuan besar di Nusantara

2. Karya-karya beliau menyentuh kehidupan umat Islam di rantau ini secara langsung

3. Penyambung idea Islah Sayyid Jamaluddin al-Afghani

4. Tafsir al-Azhar karangannya memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran dan ilmu umat Islam

Hasil-Hasil Karya HAMKA

Bidang agama
~ Tafsir al-Azhar
~ Tasawuf  Moden
~ Arkanul Islam
~ Revolusi Agama

Bidang falsafah
~Falsafah Hidup
~ Lembaga Hidup
~ Falsafah Ideologi Islam
~ Pandangan Hidup Muslim

Bidang sastera
~ Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
~ Laila Majnun
~ Di Bawah Lindungan Kaabah
~ Menunggu Beduk Berbunyi

Thursday, July 2, 2020

AS SAYID JAMALUDDIN AL - AFGHANI : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Ellooooo eberibadiiiii

So kalini pula tentang assayid jamaluddin al afghani iaitu PEJUANG ISLAM YANG GIGIH 😍 hope u enjoy readddingg this !!!

Subcribes ✅ like 👍 komen 🌈

Biodata

1. Nama sebenar
~ Jamaluddin bin Safdar al-Afghani

2. Tahun Lahir
~ 1254H/1838M di As’ad Abad, Kabul

3. Gelaran
~ ‘as-Sayyed’ kerana salasilah keturunannya bersambung dengan Ali b Abi Talib dan Rasulullah.

4. Keturunannya juga bersambung dengan Imam at-Tirmizi

5. Banyak merantau menyebarkan idea Islah seperti ke :
~ Mekah
~ India
~ Mesir
~ Istanbul
~ Iran
~ Russia
~ Baghdad
~ Paris
~ London

6. Sering diburu oleh Perancis dan Inggeris

7. Pernah dilantik anggota Majlis al-Maarif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul

8. Tahun Meninggal
~ 1314H/1897M ketika berusia 60 tahun

9. Idea Islahnya diteruskan oleh murid kesayangannya as-Syeikh Muhammad Abduh

Keperibadian Sayyed Jamaluddin al-Afghani

1. Berani memperjuangkan kebenaran
~ Petah berpidato menaikkan semangat umat Islam bersatu menentang penjajah sehingga diusir dari India, Turki dan Mesir

2. Suka merantau

3. Tekun
~ Menguasai pelbagai ilmu dan bahasa


Pendidikan Sayyed Jamaluddin al-Afghani

1. Pendidikan awal daripada bapanya

2. Semasa usia 18 tahun beliau telah menguasai pelbagai ilmu seperti :
~ al-Quran
~ hadis
~ fiqh
~ ilmu kalam
~ tasauf
~ nahu
~ sharaf
~ balaghah
~ mantik
~ falsafah
~ matematik
~ astronomi
~ perubatan
~ anatomi

3. Berhijrah ke India
~ untuk mendalami matematik moden

4. Menguasai beberapa bahasa dunia
~ bahasa Afghanistan (Pastun) Parsi
~ Arab
~ Turki
~ Urdu
~ Perancis
~ Inggeris
~ Russia

Sumbangan Sayyed Jamaluddin al-Afghani Dalam Bidang Pemikiran Dan Gerakan Islah

1. Penggerak perjuangan menentang penjajah

2. Menyatukan umat Islam serta mengembalikan keyakinan mereka menentang penjajah

3. Menghasilkan beberapa karya ilmiah seperti al-A’mal al-Kamilah dan ar-Raddu Ala ad-Dahriyyin

4. Idea Islah yang di bawanya mempengaruhi jiwa umat Islam sehingga kini

Maksud Islah

▪ Pembaikan atau perubahan terancang ke arah lebih baik

Bentuk Islah (idea Islah) yang di bawa oleh Sayyed Jamaluddin

1. Membina perpaduan tanpa mengira bangsa

2. Menyeru umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

3. Menentang taklid

4. Menyedarkan umat Islam tentang keburukan fanatik mazhab

5. Menyeru umat Islam bangkit membebaskan tanah air daripada penjajahan

Kesan Islah

1. Gerakan Islah tersebar luas

2. Daya fikir umat Islam meningkat

3. Umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

4. Timbul kesedaran di kalangan umat Islam untuk bangkit berjuang membebaskan tanah air daripada penjajah

Wednesday, July 1, 2020

ASSYEIKH MUHAMMAD ABDUH : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5


TOKOH ISLAH AGUNG pula adalah as syeikh muhammad abduh.. so siapa as syeikh ni? Nak tauu kena la baca sampai habis !

Yang penting subscribe like komen☺️


Biodata

1. Nama sebenar
~ Muhammad bin Abduh bin Hassan Khairullah

2. Tahun lahir
~ 1256H/1849M dalam keluarga petani di Thanta, Mesir

3. Pada 1882H dibuang negeri kerana dituduh terlibat dengan pemberontakan Urabi

4. Semasa hukuman tersebut beliau pergi ke Perancis dan megeluarkan majalah al-Urwah al-Wuthqa bersama gurunya Sayyed Jamaluddin al-Afghani

5. Pernah menjadi

~ Guru di Masjid al-Hussaini dan Darul Ulum, Mesir
~ Guru sekolah al-Sultaniah, Beirut

~ Ketua editor akbar al-Waqai’ al-Misriyyah
~ Hakim mahkamah rayuan Mesir

~ Anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar
~ Mufti Kerajaan Mesir

6. Tahun Meninggal
~ 1314H/1905M di Iskandariah, Mesir

Keperibadian Syeikh Muhammad Abduh

1. Berani

2. Tegas dan penyanyang
~ Menubuhkan al-Jamiyyah al-Khairiyyah untuk membantu murid-murid miskin

3. Berketerampilan

Pendidikan Syeikh Muhammad Abduh

1. Belajar membaca dan menulis
~ semasa kecil daripada bapanya sendiri

2. Belajar al-Quran dan menghafalnya
~ dalam masa dua tahun

3. Belajar bahasa Arab
~ di Masjid al-Ahmadi

4. Belajar tasauf dan tata bahasa Arab dari
~ Syeikh Darwis Khudri
~ Syeikh Darwis

5. Semasa di Universiti al-Azhar
~beliau mempelajari pelbagai ilmu termasuk
▪ ilmu hisab dan falsafah daripada Syeikh Hassan at-Tawil

6.  Pada 1896M, beliau mendampingi dan mendalami akademik dan pemikiran dengan Sayyed Jamaluddin al-Afghani

7. Memperolehi ijazah di universiti al-Azhar pada 1877M

Pemikiran Dan Perjuangan Muhammad Abduh

Dalam Aspek Akidah
~ Menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
~ Menolak taklid
~ Mengajak umat Islam mempelajari ilmu naqliah dan aqliah

Dalam Aspek Integrasi Ilmu
~ Menyarankan supaya ilmu fardhu kifayah seperti sains, matematik, falsafah dan geografi dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti

Dalam Aspek Kecekapan Pentadbiran
~ Sistem kehakiman memerlukan pengislahan
~ Pengislahan yang dilakukannya dibukukan dalam karyanya ‘At-Tahrir Fi Islahi al-Mahakimi as-Syariyyah’

Faktor Syeikh Muhammad Abduh Melakukan Pengislahan Dalam Bidang Pendidikan

1. Inspirasi gerakan Islah Sayyid Jamaluddin al-Afghani

2. Kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman

3. Sistem pendidikan yang menjurus ke arah taklid

4. Kadar gaji guru yang rendah

5. Kekurangan prasarana pendidikan

6. Kekurangan bantuan kepada golongan miskin

Metod Islah Syeikh Muhammad Abduh

1. Melalui proses pengajaran :
~ di Masjid al-Hussain,
~ Darul Ulum
~ Universiti al-Azhar

2. Melalui media massa seperti :
~ majalah al-Urwatul Wuthqa
~ al-Waqai’ al-Misriyyah
~ al-Ahram

3. Melalui karya ilmiah seperti :
~ Risalah at-Tauhid
~ at-Tahrir Fi Islah al-Mahakim
~ Tafsir Juzu’ Amma

4. Melalui jawatan-jawatan yang disandangnya seperti hakim

Sumbangan Syeikh Muhammad Abduh

1. Mengubah pandangan umat Islam menjauhi taklid

2. Memberi gambaran yang jelas tentang keperluan Islah terutamanya dalam bidang pendidikan

3. Kesan ideanya di dalam bidang pendidikan :

~ Mata pelajaran matematik, geometri, algebra, sejarah dan seni khat diperkenalkan
~ Piawaian dalam penganugerahan sijil diwujudkan
~ Farmasi khusus untuk pelajar universiti al-Azhar diwujudkan
~ Peruntukan untuk gaji guru daripada perbendaharaan  dan wakaf negara diadakan
~ Asrama pelajar diperbaiki terutamanya dalam aspek keselamatan dan kesihatan

4. Menghasilkan karya-karya yang dijadikan rujukan;

~  Risalah at-Tauhid
~  Tafsir Surah al-Asr
~  Tafsir Juzu’ Amma
~ Syarhu Maqamat al-Badi’
~  Al-Islah Wal Rad Ala Muntaqidih