Thursday, June 25, 2020

Imam Abu Hanifah : Pendidikan Islam tingkatan 4

Hyeeeeee gaisssss 😍

Welcomeeee too my blogg 😘 jadi kalini kita bincang pula tentang imam Abu Hanifah .. haa kenal ke tak tu? Nak tau siapa imam ni? 

Baca la sampai habis oke!!! Isi2 penting je Ninie letak dekat sini .. simple dan lengkap !!!

Riwayat hidup

1. Nama
~Nu’man b Thabit

2. Tempat Lahir
~di Kufah

3. Tahun Lahir
~80H/699M

4. Ayahnya peniaga kain

5. Dikenali dengan Abu Hanifah
~salah seorang anaknya bernama Hanifah (Abu = Bapa)

6. Dibesarkan dengan kehidupan senang dan mewah

7. Terdidik dengan perniagaan

8. Berpendidikan tinggi dan teguh dengan hukum Allah

9. Sifat peribadi
~Berakhlak mulia, pemurah, ikhlas, berani, suka memberi nasihat, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi

10. Sering bangun malam untuk solat sunat dan membaca al-Quran

11. Tahun meninggal dunia
~767M ketika berusia 70 tahun

Pendidikan

1. Banyak peluang menuntut ilmu sejak kecil sehingga ke peringkat tertinggi

2. Mempelajari pelbagai ilmu terutama ilmu undang-undang

3. Guru fiqah yang banyak memberi sumbangan kepadanya (18 tahun)
~Hamad b Abi Sulaiman

4. Berguru dengan ulama Tabiin dan beberapa sahabat Rasul
~Anas b Malik, Zaid b Ali, dll

5. Murid yang masyhur
~Abu Yusuf, Yaacob b Ibrahim al-Ansari al-Kufi, dan Zafrul Hazil b Qais al-Kufi

Sumbangan imam abu hanifah kepada tamadun Islam

1. Kebanyakan masa digunakan untuk mengajar di masjid

2. Berfikir secara kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fiqah

3. Ulama pertama menyusun kitab fiqah mengikut bab dan fasal

4. Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kaedah tertentu

5. Teliti dalam menentukan hukum mengikut martabat hadis

6. Karya kitab
~Al-Fiqh Al-Akbar dan Kitab Al-Faraid

7. Seorang yang amat teliti terhadap hadis

8. Pengasas Mazhab Hanafi

Ujian yang dihadapi Imam Abu Hanifah

1. Pernah dipenjara dan disebat 100 kali

2. Sebab dipenjara
~menolak jawatan jurutulis surat rasmi kerajaan Bani Umaiyyah
~menolak jawatan hakim di Baghdad

3. Meninggal dunia dalam penjara

No comments:

Post a Comment