Elloo eberibadiiii
Assalamualaikum dan holla, manusia sekalian.
Setelah sekian lama, Ninie kembali menaip. Surprise! (Ke tak ada yang perasan? 😂)
Last post Ninie bulan 8 tahun 2020, dan sekarang dah bulan 3 tahun 2021. Maknanya, hampir setengah tahun blog ni terbiar bersawang. Dan dalam tempoh tu, Ninie masih bergelar budak sekolah—batch SPM Pro Max. Form 5 yang patutnya habis hujung 2020, meleret sampai 2021. Bukan sebulan dua, tapi berbulan-bulan lamanya. Setiap kali rasa "okay, ni dah last year," eh, jappp, kena sekolah lagi 😠Boleh kata survival mode Ninie dah tahap legend. Terpaksa hadap form 5 yang panjang!
Tapi, SPM kena belajar dari rumah????? Omg love!!! 💖 Disebalik semua manusia stress duduk rumah, tak boleh keluar lepak, tak boleh melagha sana sini dengan kawan, jauh di lubuk hati ku ini, i suka gila PKP. Duduk rumah, kelas online—fuhh, satu nikmat yang Allah bagi untuk Ninie rest dari jumpa manusia2 pelik kat dunia ni. Waktu PKP ni lah paling bahagia Ninie pernah rasa. Walaupun kena belajar online, bagi Ninie tu bukan satu cabaran. Tapi, lagi faham dan tenang. Tak payah susah-susah bersiap ke kelas, tak ada gangguan sekeliling (kalau dekat sekolah, mulut i tak boleh berhenti nak bercakap! Hahaha).
Guess what, Ninie terlalu bahagia sampai berat naik berkilo-kilo mendadak????? ðŸ˜ðŸ˜‚ Ok cerita berat tamat sini ——.
Bab belajar untuk SPM, sistem ulang-alik antara online dan fizikal—beberapa bulan online, beberapa bulan pergi sekolah. Nice jugak, sebab bila pi sekolah, hanya student form 5 je ada. Sunyi, tenang, tak ada perhimpunan, cikgu2 pun relax dan lebih santai, rasa macam sekolah ni kita yang punya!!!!! Hahaha. Vibes paling best bagi Ninie.
Waktu rehat pun heaven—makan dalam kelas, tak payah susah-susah kena paksa keluar kosongkan kelas. Nak study, nak dengar cikgu mengajar pun senang, tak bising macam selalu. Memang pengalaman SPM yang tak akan berulang! 😆
Lepas habis SPM, ada dua perasaan yang bercampur—lega dan tak percaya. Lega sebab dah bebas dari segala stress hidup. Tapi dalam masa yang sama, rasa macam "Eh? Betul ke ni? Aku dah tak sekolah? I dah big girl ke?? 🥺"
Dari dulu, tak sabar nak habis sekolah. Tak sabar nak lari dari hadap sekolah. I memang fikir kalau dah keluar sekolah ni, i tak kan jejak kembali. Maksudnya i tak akan sambung form 6 atau kembali jadi cikgu dekat sekolah tu? Tu apa yang i rancang lah. Apa nak jadi masa depan wallahualam i serahkan kepada Allah swt.
Bukanlah masa sekolah tu teruk bagi i, tapi beberapa pengalaman tu yang buat i rasa—sweet bitter life. Ada manusia yang terlalu manis, ada yang terlalu pahit — ada eh manusia macam ni? Wujud eh manusia macam ni? Soalan ni, untuk both! Kalau untuk yang manis, rasa macam i harap urusan dia dipermudahkan sampai bila-bila!!! Kalau yang pahit tu—— hmm.
Tapi kan, i tak nak menuju ke arah dewasa? Omg I’m not ready to go kolej or universiti lagi??? Nak stay dekat masa ni je boleh tak?? Kita berhenti kan masa kejap boleh?
Rancangan i lepas ni, apply matrik. Ada beberapa sebab— 1. I nak fast track. 2. I masih tak tau nak sambung apa. Ninie minat apa? Macam i tulis dekat intro, minat i berubah setiap hari. Banyak betul minat hihi. Kita follow the flow je ok?
Tapi yang baca mesti fikir, budak ni tak ada ke pendirian untuk kerja masa depan dia? Ye, tak ada. Personally, i ok je kerja apa-apa. Dan mungkin kerja i nak tu i rimas nanti? Semua benda i boleh minat, dan boleh tak minat dalam 1 hari. I jenis follow je the flow, apa yang dapat, i percaya tu yang terbaik. Dan semestinya tak dak lah i buat keputusan sambil lewa. I cari juga maklumat, kelebihan, kekurangan, kalau ambil bidang ni boleh pergi mana, masuk matrik lepas tu? I pun bincang dengan mak abah. And yes, mak abah memang nak Ninie masuk matrik, so macam lagi senang i buat keputusan.
Lepas ni, untuk universiti, kita fikir lepas ni laa ekk? Tu je kot coretan kali ni. Blog seterusnya tak tau lagi bila, dok rasa tahun depan pula 🤣🤣 see you when i see you! Xoxo