Saturday, August 15, 2020

Adab dengan Rasulullah s.a.w : pendidikan islam tingkatan 4

 Elloooooo gaisssss


Kembali dengan tajukkkk

Adab dengan Rasulullah s.a.w pendidikan islam tingkatan 4


1. Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w
2. Tawadduk dan bersopan santun
3. Menziarahi makam Rasulullah s.a.w
4. Mengasihi para sahabat
5. Beriltizam dengan sunnah Rasulullah s.a.w

Tingkah laku tidak beradab dengan Rasulullah s.a.w


1. Tidak mentaati perintah baginda
2. Bercakap-cakap dan berbuat bising ketika menziarahi makam baginda
3. Tidak mengucap salawat ketika nama baginda disebut
4. Tidak menghormati sahabat baginda

Hikmah beradab dengan Rasulullah s.a.w


1. Seorang yang mengasihi Rasulullah akan dikasihi Allah
2. Sesiapa yang menjadikan Rasulullah contoh dan ikutan, mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan keredhaan Allah di akhirat
3. Beradab kepada Rasul mendorong kita mengamalkan sunnahnya
4. Melahirkan insan beradab sesama makhluknya
5. Mendapat rahmat dan keampunan Allah

Kerugian orang yang tidak melakukan sunnah Rasulullah


1. Tidak berpeluang menerima syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak
2. Boleh merosakkan iman pada diri sendiri
3. Tidak berpegang pada sunnah Rasulullah bererti tidak berpegang pada ajaran Allah
4. Terhapusnya pahala atas kebaikan yang di lakukan

Zikrullah Pengubat Hati : Pendidikan Islam tingkatan 4

 Elloooo gaissssss


Zikrullah Pengubat Hati : Pendidikan Islam tingkatan 4


Pengertian berzikir


~ Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan.
~ Ianya penting untuk menghubungkan manusia dengan penciptanya.

Adab berzikir


1. Menyebut lafaz zikir dengan betul
2. Memahami maksud lafaz zikir tersebut
3. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
4. Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat nas al-Quran dan Hadis
5. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
6. Menggunakan suara yang perlahan
7. Perbanyakkan zikir dalam suasana genting
8. Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
9. Tidak berzikir semasa qada hajat

Sebab perlunya beradab ketika berzikir


1. Supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain
2. Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat
3. Selaras dengan sunnah Rasulullah s.a.w
4. Supaya zikir diterima Allah
5. Berdisiplin dalam menunaikan ibadat

Hikmah beradab ketika berzikir


1. Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya
2. Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang
3. Mendidik jiwa supaya sentiasa mengingati Allah
4. Mendapat pahala

Kerugian kepada orang yang tidak berzikir


1. Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah
2. Mudah dikuasai Syaitan dan sukar mengawal nafsu
3. Lupa tanggungjawab terhadap agama
4. Berada dalam keadaan gelisah

Adab Menziarahi Jenazah : Pendidikan Islam Tingkatan 4

 Elloooooo eberibadiiiiiii


Welcome backkkkk to my blog !


Tajuk harini seperti di atas Adab menziarahi jenazah pendidikan islam tingkatan 4 👌


1. Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah
2. Menunaikan solat jenazah
3. Membantu keluarga jenazah dalam urusan pengebumian
4. Melahirkan perasaan dukacita kepada warisnya
5. Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah
6. Mengingatkan mereka supaya bersabar dengan ujian Allah
7. Mengucap takziah kepada keluarga jenazah tidak melebihi 3 hari dari hari kematian
8. Sunat membanyakkan membaca ayat al-Quran
9. Berdoa untuk jenazah

Perkara-perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah

1. Kesal terhadap kematian seperti meratap dan meraung
2. Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu
3. Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat jenazah atau
bergurau senda
4. Tidak redha dengan takdir Allah

Hikmah menziarahi jenazah


1. Dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah
2. Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahlinya
3. Memberi keinsafan bahawa kematian adalah sebahagian daripada qada Allah yang perlu diterima semua makhluknya
4. Dapat menunaikan hak sebagai seorang muslim ke atas muslim yang lain

Adab Menjaga Kemudahan Awam : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

 Ellloooooo gaissssss


Blog kalini tentang adab menjaga kemudahan awam pendidikan islam tingkatan 4 👍


Pengertian kemudahan awam

~ Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai

Adab menjaga kemudahan awam


1. Guna ikut peraturan
2. Bertimbang rasa dengan pengguna lain
3. Melaporkan kerosakan kepada pihak bertanggungjawab
4. Menjaga kebersihan
5. Bertanggungjawab terhadap keselamatan awam
6. Tidak menconteng atau merosakkannya

Kepentingan kemudahan awam


Individu

~ memudahkan golongan yang kurang mampu
~ menjamin kesejahteraan hidup
~ membantu ketika kecemasan
~ menjimatkan perbelanjaan

Masyarakat

~ menjalin hubungan silaturrahim
~ menjalin semangat perpaduan
~ memupuk sikap toleransi

Negara

~ menarik pelancong
~ menjimatkan peruntukan kewangan
~ meningkatkan ekonomi

Contoh penyalahgunaan kemudahan awam


1. Menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi
2. Membuat panggilan palsu kepada pihak polis atau bomba
3. Membuang sampah merata-rata
4. Menconteng papan-papan tanda jalanraya

Cara meningkatkan kesedaran menjaga kemudahan awam


1. Kempen kesedaran
2. Menguatkuasakan undang-undang
3. Menerapkan pendidikan awal kepada kanak-kanak

Adab Bernegara : PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

 Ellooooo eberibadiii

Welcomee backk too my blog !!


Kalini kita bincang pula tentang adab bernegara pendidikan islam tingkatan 5 😍


Pengertian Negara
~ Kawasan tertentu yang didiami oleh masyarakat tertentu dan diperintah oleh kerajaan tertentu

Adab Bernegara


1. Menjaga nama baik Negara
~ Menjaga kebersihan
~ Menjaga keamanan
~ Memajukan negara

2. Cinta kepada Negara
~ Mempertahankan Negara jika diancam
~ Berusaha memajukan Negara

3. Memelihara keamanan
~ Bersatu padu
~ Mempertahankan negara jika diancam

4. Berbakti kepada Negara
~ Memajukan negara
~ Mempertahankan negara

Faedah Menjaga Adab Bernegara


1. Negara bertambah maju
2. Nama Negara menjadi harum
3. Negara selamat dari ancaman musuh

Akibat Tidak Memelihara Adab Bernegara


1. Negara kucar kacir
2. Negara menjadi mundur
3. Negara di pandang rendah