Elllooooo eberibadiiiii
Kalini Ninie nak buat untuk adik2 f1 pulakkk okehhhhh . Tapi ni paling simple
Ada persoalan
Latar tempat
Latar masyarakat
Nilai
Benda2 ni yang selalu masuk dalam exam . Kalau yang lain insyaAllah hari2 lain Ninie tambah okkehhhh?
PERSOALAN
1. Hubungan dua jiwa remaja yang ada pasang surut .
~contohnya sikap kamarul yang angkuh seyelah terkenal menyebabkan hubungan dia dan Saridah menjadi dingin.
2. Komitmen jurulatih untuk memastikan pelatih yang dibimbing menjadi juara.
~Encik Kadir berterusan melatih Kumar, Sures dan Rajip untuk memastikan mereka meraih kejuaraan dalam sukan SEA di bangkok.
3. Kekurangan kasih sayang menyebabkan anak bersikap dingin terhadap keluarga.
~Saridah kurang mendapat perhatian daripada keluarganya kerana masing2 sibuk dengan hal sendiri jadi Saridah lebih selesa menghabiskan masa bersama Juriah dan mengharapkan perhatian daripada Kamarul.
4. Disiplin penentu kejayaan
~Encik Kadir dan atlet Filipina, De Wega menasihati Kamarul tentang pentingnya disiplin jika ingin menjadi atlet yang berjaya.
LATAR TEMPAT
1. Pusat Sukan Kampung Pandan
~Tempat kamarul dan rakannya berlatih di bawah kendalian Encik kadir sehinggalah berjaya membentuk Kamarul menjadi atlet yang berjaya.
2. Stadium Nasional, Bangkok
~Tempat berlangsungnya Sukan SEA yang ke-14.
3. Hospital
~Tempat Kamarul menerima rawatan selama empat hari, gara2 dilanggar kenderaan.
4. Stadium Merdeka
~Tempat Kamarul dan Saridah menyertai sukan MSSM.
5. Kantin sekolah
~Tempat Saridah dan Juriah bersembang tentang hubungannya dengan Kamarul yang renggang.
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang sombong dan angkuh apabola mendapat kejayaan dan populariti.
~~(contoh di persolan no.1)
2. Masyarakat yang berdisiplin
~~(contoh di persoalan no.4)
3. Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa.
4. Masyarakat yang lemah kerana cinta.
NILAI
1. Nilai Baik Hati
~Kamarul memberi cenderamata kepada atlet filipina, de wega yang banyak memberi nasihat dan dorongan kepadanya.
2. Nilai kesyukuran
~Kamarul bersyukur kepada Allah SWT apabila memperoleh pingat emas dan memecahkan rekod baharu dalan acara 100 meter di Suka SEA.
3. Nilai kasih sayang
~Mak Jah mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan anaknya malah menjaga Kamarul di hospital selama 4 hari.