Sunday, December 22, 2019

KOMSAS Novel Tingkatan 1 : Pelari Muda

Elllooooo eberibadiiiii


Kalini Ninie nak buat untuk adik2 f1 pulakkk okehhhhh . Tapi ni paling simple 

Ada persoalan
Latar tempat
Latar masyarakat
Nilai

Benda2 ni yang selalu masuk dalam exam . Kalau yang lain insyaAllah hari2 lain Ninie tambah okkehhhh?

PERSOALAN

1. Hubungan dua jiwa remaja yang ada pasang surut .
~contohnya sikap kamarul yang angkuh seyelah terkenal menyebabkan hubungan dia dan Saridah menjadi dingin.

2. Komitmen jurulatih untuk memastikan pelatih yang dibimbing menjadi juara.
~Encik Kadir berterusan melatih Kumar, Sures dan Rajip untuk memastikan mereka meraih kejuaraan dalam sukan SEA di bangkok.

3. Kekurangan kasih sayang menyebabkan anak bersikap dingin terhadap keluarga.
~Saridah kurang mendapat perhatian daripada keluarganya kerana masing2 sibuk dengan hal sendiri jadi Saridah lebih selesa menghabiskan masa bersama Juriah dan mengharapkan perhatian daripada Kamarul.

4. Disiplin penentu kejayaan
~Encik Kadir dan atlet Filipina, De Wega menasihati Kamarul tentang pentingnya disiplin jika ingin menjadi atlet yang berjaya.

LATAR TEMPAT

1. Pusat Sukan Kampung Pandan
~Tempat kamarul dan rakannya berlatih di bawah kendalian Encik kadir sehinggalah berjaya membentuk Kamarul menjadi atlet yang berjaya.

2. Stadium Nasional, Bangkok
~Tempat berlangsungnya Sukan SEA yang ke-14.

3. Hospital
~Tempat Kamarul menerima rawatan selama empat hari, gara2 dilanggar kenderaan.

4. Stadium Merdeka
~Tempat Kamarul dan Saridah menyertai sukan MSSM.

5. Kantin sekolah
~Tempat Saridah dan Juriah bersembang tentang hubungannya dengan Kamarul yang renggang.

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang sombong dan angkuh apabola mendapat kejayaan dan populariti.
~~(contoh di persolan no.1)

2. Masyarakat yang berdisiplin
~~(contoh di persoalan no.4)

3. Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa.

4. Masyarakat yang lemah kerana cinta.

NILAI

1. Nilai Baik Hati
~Kamarul memberi cenderamata kepada atlet filipina, de wega yang banyak memberi nasihat dan dorongan kepadanya.

2. Nilai kesyukuran
~Kamarul bersyukur kepada Allah SWT apabila memperoleh pingat emas dan memecahkan rekod baharu dalan acara 100 meter di Suka SEA.

3. Nilai kasih sayang
~Mak Jah mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan anaknya malah menjaga Kamarul di hospital selama 4 hari.

Saturday, December 21, 2019

KOMSAS NOVEL TINGKATAN 5 : SONGKET BERBENANG EMAS

Hyeeeeeeee....
Sebab dah lama tak tulis blog. So rasa macam janggal tak tahu nak tulis apa . Jadi just straight to the point jelah ye? Oke memandangan tahun ni Ninie SPM , jadi blog kita tahun ni pasal SPM lah yee?

Dekat sini ada Tema, Persoalan, Nilai, pengajaran, latar tempat, latar masyarakat dan latar masa ye... Simple je Ninie bagi . Sebab selalunya paling banyak pun diminta 3 atau 5 . So yah ! Hope korang berpuas hati !

Btw, kebanyakkan isi dan contoh yang sama sebab mudah nak menghafal & ingat ! ( tips Ninie untuk korang! ) xoxo

Enjoyy !!

Tema

Ketabahan seorang gadis dalam menghadapi dugaan hidup .

~Contoh

1. Dahlia tabah apabila dihina oleh Aton kerana Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di sungai berhampiran rumahya .

2. Dahlia tabah melayan karenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain.

3. Dahlia tetap tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin menjual tanah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini .


Persoalan

1. Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup.
~Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh dan mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.

2. Persoalan pengamalan ilmu hutan dalam kalangan masyarakat.
~Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.

3. Persoalan tanggungjawab dalam menjalankan tugas .
~Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik malah banyak membantu keluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka
.

Nilai

1. Nilai keinsafan
~Abu Bakar insaf dan menyesal kerana terpengaruh dengan kawan-kawannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya.

2. Nilai kasih sayang
~Dahlia amat menyayangi ibunya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan.

3. Nilai keberanian
~Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.

4. Nilai setia kawan
~Kavita seorang yang setia kawan kerana dia sanggup membuat salinan nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah
.

Pengajaran

1. Kita hendaklah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
~~(Contoh di persoalan no.3)

2. Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan.
~~(Contoh di nilai no.1)

3. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
~~(Contoh di nilai no.2)

4. Kita mestilah tabah dalam menempuh dugaan hidup.
~~(Contoh : mana2 di tema)

5. Kita mestilah berani berhadapan dengan sebarang masalah.
~~(Contoh di nilai no.3)


Latar Tempat 

1. Padang Bola Jaring
~Dahlia berlatih bola jaring bersama rakannya, Siti Wangi.

2. Hospital Batu Pahat (Wad 4)
~Ayah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.

3. Hospital Batu Pahat (Wad 8)
~Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan awal.


Latar Masa

1. Pagi
~Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah.

2. Petang
~Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama.

3. Malam
~Haji Sulaiman datang bersama dengan 3 orang pekerja hospital.


Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang bertanggungjawab
~Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik.

2. Masyarakat yang saling bantu membantu
~Haji Sulaiman banyak membantu anak buahnya Embong yang menghadapi masalah.

3. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya
~Abu Bakar insaf dan menyesal kerana terpengaruh dengan kawan-kawannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya.




Wednesday, April 24, 2019

Puding Roti Kukus Sos Kastard

Ellooooo eberibadi

Tiberr mood nak bagi resepi jenggggg 😜
PUDING ROTI KUKUS ♡

Yang ni memang sedap giler ! Act ak rasa yang ni tak macam puding 😂 macam mana nak desc tak tau la . Tapi rasanya roti la 😂 puding lain maciam namanya . 

So yah ! Ikut turutan untuk cara 😁 Tapi ni bahan untuk kuantiti 1 periuk kecil tu je tau 😁 Untuk dua orang makan sehari dua boleh la . Tapi kalau jenis melantak dan nak makan banyak kali tu, sila tambah double kan resepi ini 😁😁

Bahan-bahan dan cara;-

•5 keping roti disapu planta 
(dipotong kecil 1/8) segitiga
•Sedikit kismis

Roti disapu planta sblh shj


Dalam bekas asing masukkan :
• + 1 tin susu cair
• + 2 biji telur
• + 4 sudu besar gula
• + 1 sudu kecil esen vanila

Selepas di adun

•Aduk sampai sebati

-Msukkan roti dalam bekas, periuk atau aluminium , dan tuang adunan tadi ke dalam bekas tadi .
- Tekan2 supaya semua tenggelam, masukkan kismis, tekan2 supaya tenggelam !
Roti dan kismin yg dilenyet

•Kukus 20 minit dan siap !

Dah siap !!!
Sos kpd puding roti ;- (boleh tabur atas atau cicah !)

(Adun dalam bekas asing)

• +1 sudu kotak Ducth Lady (jenama apa pun tak apa)
• + 2 sudu kecil susu pekat
• + 1 sudu kecil esen vanila
• + 1 sudu besar planta
• + 2 sudu besar tepung kastard

•Aduk
•Masak atas api hingga pekat

Sos tak likat dan tak cair sangat

Siap ! Boleh biarkan dekat luar atau simpan dalam peti sejuk .

Boleh makan panas2 tapi sejuk2 pun boleh 😍 panas lagi feel 😁 sejuk pun sedap 😁 ikut kemahuan masing2 .
Selamat mencuba !!

Ni la hasilnya ! Tapi ni keras sikit sebab lepas letak dalam peti sejuk 😁