Wednesday, August 29, 2018

Trial PT3 Done 🎉

Elloo eberibadiiii

Harini freedom 🎉 buat sementara jelah 😂 ye la dok, baru habis trial haa . Trial jer, belum pt3 yang realll !! Huhu . 

Secara keseluruhan, alhamdulillah boleh lah . Soalan nye tak susah dan tak senang . Bagi aku la kan . Bagi hampa tatau la . Ada yang boleh jawab zup zap zup zap . Ada yang tak tau sampai fedap ! Ha ha ha. Jadi tinggal kosong je la kan?

Macam first day, exam BM & MT . Haa BM ni awal2 lagi dah blank . Susah juga nak cari kesalahan bahasa & ejaan je . Dua2 subjek ni tak cukup masa . Srs tak cukup . Kalut2 buat perenggan tak stabil pun kisah la 😂 janji siap. Hehehe . 

Ramai yang tak siap karangan , ringkasan . Haa ramai . Ada je yang buat 2 ayat je . Power kan? Hahaha . Ada yang buat 4 perenggan je . Fuh memang kalut la . 

Yang MT pula ada soalan boleh tahan biasa2 , ada soalan boleh tahan luar biasa . Hahaha . Bagi kami yang budak biasa2 je ni, memang soalan dia susah . Fuh tak cukup masa, tu semestinya . 

Dah tak tau nak kira, kita pi la kira kat tempat yang kita tau . Sampai habis semua baru patah balik dekat soalan tu . (tips)

Masa tinggal 5 minit gitu ja . Ketaq dia fuh haaa .. jadi last2 tak buat la gamaknyer .  

Bukan tak pandai bajet masa, tapi memang tak pandai 😂 hampa mai jawab, baru tau ha ..

Lain la orang2 pandai nu.. sekolah yang SBP , MRSM tu mesti cukup masa . Otak depa gerak laju 😌 otak kami slow jer . Faham2 je la kan 😌 


NI PAYUNG SIKIT GAMBAR F2 tak silap .

2nd day; BI & SN
Haa boleh la juga . Belasah je . BI tu belasah jela kan .. ahhaha . Yang sn ni pergh. Subjek paling killer org 😭

Tapi yang exam kalini, paling tak faham dekat soalan yang kena lukis2 . Mende la barang2 tu . Langsung aku tak faham 😌 tapi kita lukis je. Belasahh je . Hahaha kang tak buat kena beletiaq . Huhu

3rd day; PI & KHB .
Hahaha PI ni banyak yang soalan KBAT kan? Tak dak kena mengena dengan kita belajar sangat pun . Kebanyakan kita belajar A , dia tanya B tapi dalam situasi A la kan. Haa pining sya .

Soalan solat jumaat pun den pining hahaha . Orang tanya rukun, kita jawab syarat sah ! Aduhhh mana den nak tau 🙈 
😤 😌😌😌

KHB ni lagi la aku merapu 😂 Subjek paling aku tak suka 😂 Tanggam pun aku lupa ada nama apa. Aku boleh pi letak nama tanggam , tanggam tepi & tanggam tengah.

Ko qase???? Hahahaha sebab takut tinggal kena marah, jadi kita hontam jer . Sya lupa la cikgu 😅😅 maaf la noh . Hihihi

Oke ni harini last exam . 

4th day; BA
Semua orang dah habis exam 😌
Ustazah kata tawakal je la jawab exam tu . Hahaha kami sangat tawakal . Tambah semalam aku demam, fuh tak laqatt tu la. Selsema, bersin sana sini . Huhu tak laqat tau .

Lepastu gagah jawab . Yang aku tatau aku terus tinggal . Tak laqat nak fikir . Tak laqat nak check balik . Aii tidur je haa 😌 Harap2 lulus la 😅 tak mengharap lebih . Mengharap untuk lulus jer . Kalau rezeki dapat elok lagi, alhamdulillah la ❤ (YES LULUS)

Harini tak pi sekolah 🎉 

hahaha ingat senang ke nak dapat cuti dari abah & mak?
Susah woo . Bila ada lampu hijau, kita on ja .
Jarang bila aku tak pi sekolah, tak dak pengikut . Ada ja selalu !
Nak juga join kita tak pi sekolah . Haa on jer . Tidur jom 😏🎉💪🙈🙊 hihi 

Doakan rain keyh . Semoga yuni cepat sembuh dan dapat keputusan yang cemerlang dalam exam kali ni dan exam sebenar nanti . TQ ❤❤

Jangan lupa follow & visit blog rain untuk baca blog2 seterusnya ! sys ><

Thursday, August 23, 2018

KOMSAS TINGKATAN 3- NOVEL JUSTERU IMPIAN DI JARING

Ellooooo Eberiibadiiiiiii


Assalamualaikum wbt . Oke disebabkan trial ahad ni.. Jadi harini ninie nak kongsi nota ringkas pasal novel ni eh . Tips , hampa tak perlu pun hafal sebijik2 semua tu . Baca jer . Tau cerita , ingat sikit. nanti boleh la jawab . Ingat la salah satu . Nanti semua boleh buat . Benda ni semua ulang2 jer . Make sure hampa kena letak contoh kalau nak markah penuh .
Ni buku rujukan ninie
Dekat sini ninie akan nyatakan :
1) Tema
2) Persoalan
3) Watak dan Perwatakan
4) Latar Tempat
5) Latar Masa
6) Latar Masyarakat
7) Nilai Murni
8) Pengajaran



Tema

Ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia.

~Syahir tabah menerima pandangan negatif yang disebabkan dia menutup aurat semasa bermain badminton.

~Engku Aiman dan syed Amiri sering mengejek Syahir untuk melemahkan semangatnya.

~Syahir terpaksa brhadapan dengan sikap berat sebelah pihak pengadil semasa bertanding.

Persoalan

1) Ketaatan terhadap pesanan yang telah diamanahkan
-Syahir mengingati pesanan arwah ayahnya agar menjadi anak yang berjaya, berilmu dan berijazah

2) Keberanian untuk mengemukakan pendapat
-Syahir mengatakan bahawa tindakan PBSM adalah tidak professional kerana PBSM tidak mengambil kira rangking dunia untuk menentukan kelayakan mewakili negara ke Jakarta .

3) Sikap pilih kasih dalam sesuatu tindakan
-PBSM mengamalkan sikap pilih kasih kepada Syahir dan Syed Amiri merupakan anak emas Engku Aiman sering dipuji-puji .

4) Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya.
-Kak Uda sentiasa menjaga emaknya ketika emak menghidap strok.



LATAR MASYARAKAT

(A)  Masyarakat yang pilih kasih.
-Contohnya, Engku Aiman sering menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua tindakan.

(B)  Masyarakat yang simpati terhadap nasib orang lain.
-Contohnya, Syahir berasa simpati akan nasib rakyat palestin yang ditindas oleh Amerika dan sekutunya Israel di tanah air mereka sendiri.

(C) Masyarakat yang tetap pendirian.
-Contohnya, Syahir tetap dengan prinsipnya untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan kerana mahu menjaga syariat agama.

Watak dan Perwatakan

Watak utama

1. Syahir
2. Pemain badminton skuad kebangsaan.
3. Tabah menghdapi dugaan hidup (cemuhan, sindiran)
4. Tetap pendirian (tutup aurat)
5. Penyayang (kerap melawat emak)
6. Taat akan pesanan ayah (untuk mengharumkan nama negara dan memelihara syariat Islam.

WATAK SAMPINGAN

Emak
1) Penyayang - Masak ikan patin lemak cili api untuk Syahir
2) Mementingkan agama- puasa sunat & tunaikan solat

Haji Marzuki
1) Jurulatih Perseorangan Badminton Skuad Kebangsaan
2) Berpandangan Positif- Keputusan PBSM ialah satu cabaran kepada pemain

LATAR TEMPAT

1. Rumah keluarga Syahir di Bandar Baru Bangi
~emak dan Syahir berbual-bual tentang masa depannya dalam dunia badminton semasa di rumah. Emak berpesan agar sentiasa mengingati amanat arwah ayahnya.

2. Jabatan pengajian sukan, UPM Serdang.
~Syahir melanjutkan pelajaran Di Jabatan Pengajian Sukan UPM Sersang setelah menolak tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia.

3. Gelanggang latihan badminton.
~Skuad badminton kebangsaan menjalani latihan di bawah kendalian Haji Marzuki, Engku Aiman dan Mas Suparman sebagai persediaan awal sebelum kejohanan Terbuka Johor Dan Kejohanan Badminton Antarabangsa Di Jakarta.


LATAR MASA

1. Waktu malam
– Syahir telah meluangkan masa untuk makan bersama-sama dengan emak dan Kak Uda Syahrizah di rumah mereka.

2. 15 tahun
~Syahir telah menjadi johan negeri kategori perseorangan bawah 15 tahun ketika di tingkatan 3.

3. 18 tahun
~Syahir berjaya menjuarai kategori perseorangan bawah 18 tahun lantas bergelar juara remaja kebangsaan.


Nilai

1. Kegigihan
~Syahir dan rakan-rakannya gigih berlatih untuk menghadapi perlawanan akan datang.

2. Keberanian
~Sikap Wan Najlah yang memakai tudung dan seluar trek panjang semasa latihan menunjukkan dia berani untuk berubah.

3. Kasih Sayang
~ Syahir sering pulang ke rumah untuk menemani emaknya ke Seremban untuk ke rumah Mak Usu sapiah.

New Blogger


Ellooooooo eberibadiiiiii... 


Ninie & mak abah . 20 disember 18


Assalamualaikum wbt.


Ini permulaan blog ><


Maaf kalau ada kekurangan .
Instagram , wechat, twitter, facebook semua Ninie ada.. Semua penuh la dengan bebelan dari aku .. hihi .. boleh la Follow Ninie kt ig, twitter.. wechat dan facebook jarang main ..

Instagram : @_yuniieeeee
Twitter : @yuniieeeee2
Facebook : Ayuni Hanim
Youtube : Ninie Azmi
.
 Lama dah nak cipta blog . Ni baru ada kesempatan . Kalau ada tak kena boleh bagi tau ye @ tegur- tegur je..

Creat blog waktu form 3 . Muda kan kekkeek..

Orang tengah struggle nak trial PT3 brp hari je lg, aku sibuk nak create blog . Best . Taip2 ni . Menulis hw lagi susah dari taip 500 article okeh  hahaahah .

Jadi , have fun lah baca isi2 dari blog Ninie ! Jangan lupa ajak semua untuk baca juga , hihihi !

Kalau nak apa2 boleh komen bawah . InsyaAllah aku akan rajinkan diri untuk tulis blog setiap bulan okeh . hehehehehe .


Blog pengenalan, sikit2 oke kan ? ><

Oh yah, blog ni aku banyak cakap utaqa .  Tak piauu sangat pun . Utaqa yang biasa je tu hehehhe . Cakap KL sabah indon kelatan semua boleh 😋 Tapi yang basic je lah haha . Cakap aku jela sebab lagi selesa gelarkan diri "aku" kadang2 "aii" kadang2 "Ninie" . Ikutla mood aku menulis time tu haha 😁

BTW, subscribe la juga aku punya youtube okeh? Support la Ninie.. Search je Ninie Azmi