Wednesday, August 29, 2018

Trial PT3 : Masa Laju, Otak Blank, Jantung Panic !

Elloo eberibadiiii

Harini rasa bebas! ðŸŽ‰ (Tapi sementara je ðŸ˜‚)


Ye la kan, baru habis trial. Trial je pun, bukan the real deal lagi—PT3 tu nanti baru betul-betul cuak! Huhu. 

Secara keseluruhan, Alhamdulillah… boleh lah. Soalannya tak susah sangat, tak senang sangat. Bagi Ninie la kan. Bagi korang? Entah la. Ada yang boleh jawab zup zap zup zap, ada yang sampai fed up! ðŸ˜‚Yang tak tau langsung? Kosong je la jawabnya, nak buat macam mana.


🌿 1st Day : BM & MT🌿


Haa, BM tu awal-awal lagi dah blank. Nak cari kesalahan bahasa & ejaan je pun boleh pening. Dua-dua subjek ni sumpah tak cukup masa! Serius tak cukup! Kalut-kalut tulis, perenggan pun tak stabil, tapi janji siap! ðŸ˜†


Ramai tak sempat siapkan karangan, ringkasan… Ada yang buat dua ayat je. Power kan? ðŸ¤£ Ada yang sempat empat perenggan je, fuh memang kalut la.


Math pulak… ada soalan biasa-biasa, ada yang boleh tahan... Bagi ninie, memang rasa susah. Masa confirm tak cukup. Dah tak tahu nak kira, kita pi kira dulu mana yang tau. Habis semua, baru patah balik kat soalan yang buat-buat lupa tadi. (Tips ni, boleh pakai ðŸ˜Œ)


Tapi bila tengok masa tinggal 5 minit… fuhh, ketaq tangan ek! Jadi? Last-last, ada laaa soalan yang tak sempat buat. ðŸ˜­


Bukan tak pandai bajet masa, tapi memang tak pandai ðŸ˜‚


NI PAYUNG SIKIT GAMBAR F2 tak silap .

🌿 2nd Day: BI & SN ðŸŒ¿


Haa, boleh la jugak. BI tu, macam biasa… belasah je lah kan? Hahaha. Tapi SN ni, perghhh—subjek paling killer bagi ramai orang! ðŸ˜­


Tapi yang paling tak faham kali ni, bahagian soalan yang kena lukis-lukis tu. Menda la barang-barang tu? Langsung tak boleh teka ðŸ˜Œ Tapi kita tetap lukis je. Belasahhh! Tak buat, nanti kena beletiaq. Huhu.


🌿 3rd Day: PI & KHB ðŸŒ¿


Hahaha, PI ni penuh dengan soalan KBAT kan? Haa, pening i! ðŸ˜µ‍💫


Soalan solat Jumaat pun den pening! Hahaha. Orang tanya rukun, kita jawab syarat sah! Aduhhh, mana den nak tau?! ðŸ˜¤ðŸ˜Œ


KHB pulak… ni lagi la i merapu! ðŸ¤£ Subjek paling ninie tak suka, sumpah. Nak buat tanggam pun lupa jenis apa. Boleh ekk pi letak nama sendiri—tanggam tepi, tanggam tengah. Ko rasa?! Hahaha. Janji tulis, daripada kosong kena marah. ðŸ˜… Maaf la cikgu, sya lupa… hihihi.


🌿 4th Day: BA ðŸŒ¿


Semua orang dah habis exam ðŸ˜Œ Tinggal yang ambil BA je merana. Ustazah kata, tawakal je lah jawab exam ni. Hahaha, betul-betul tawakal!


Tambah pulak, semalam ninie demam. Fuhh, memang tak larat. Selsema, bersin sana sini… huuu. Tapi tetap gagahkan diri jawab. Yang tak tau? Tinggal. Tak larat nak fikir, tak larat nak check balik. I tidur je haa. ðŸ˜Œ Harap-harap lulus la. Tak berharap lebih pun, janji lepas. Kalau rezeki dapat elok lagi, alhamdulillah.  (YES, LULUS!)


Doakan Ninie keyh! Semoga Ninie cepat sembuh dan dapat keputusan yang cemerlang untuk trial ni dan exam sebenar nanti. TQ ❤❤ see you when i see you, xoxo ><

Thursday, August 23, 2018

KOMSAS TINGKATAN 3- NOVEL JUSTERU IMPIAN DI JARING

Ellooooo Eberiibadiiiiiii


Assalamualaikum wbt . Oke disebabkan trial ahad ni.. Jadi harini ninie nak kongsi nota ringkas pasal novel ni eh . Tips , hampa tak perlu pun hafal sebijik2 semua tu . Baca jer . Tau cerita , ingat sikit. nanti boleh la jawab . Ingat la salah satu . Nanti semua boleh buat . Benda ni semua ulang2 jer . Make sure hampa kena letak contoh kalau nak markah penuh .
Ni buku rujukan ninie
Dekat sini ninie akan nyatakan :
1) Tema
2) Persoalan
3) Watak dan Perwatakan
4) Latar Tempat
5) Latar Masa
6) Latar Masyarakat
7) Nilai Murni
8) Pengajaran



Tema

Ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia.

~Syahir tabah menerima pandangan negatif yang disebabkan dia menutup aurat semasa bermain badminton.

~Engku Aiman dan syed Amiri sering mengejek Syahir untuk melemahkan semangatnya.

~Syahir terpaksa brhadapan dengan sikap berat sebelah pihak pengadil semasa bertanding.

Persoalan

1) Ketaatan terhadap pesanan yang telah diamanahkan
-Syahir mengingati pesanan arwah ayahnya agar menjadi anak yang berjaya, berilmu dan berijazah

2) Keberanian untuk mengemukakan pendapat
-Syahir mengatakan bahawa tindakan PBSM adalah tidak professional kerana PBSM tidak mengambil kira rangking dunia untuk menentukan kelayakan mewakili negara ke Jakarta .

3) Sikap pilih kasih dalam sesuatu tindakan
-PBSM mengamalkan sikap pilih kasih kepada Syahir dan Syed Amiri merupakan anak emas Engku Aiman sering dipuji-puji .

4) Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya.
-Kak Uda sentiasa menjaga emaknya ketika emak menghidap strok.



LATAR MASYARAKAT

(A)  Masyarakat yang pilih kasih.
-Contohnya, Engku Aiman sering menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua tindakan.

(B)  Masyarakat yang simpati terhadap nasib orang lain.
-Contohnya, Syahir berasa simpati akan nasib rakyat palestin yang ditindas oleh Amerika dan sekutunya Israel di tanah air mereka sendiri.

(C) Masyarakat yang tetap pendirian.
-Contohnya, Syahir tetap dengan prinsipnya untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan kerana mahu menjaga syariat agama.

Watak dan Perwatakan

Watak utama

1. Syahir
2. Pemain badminton skuad kebangsaan.
3. Tabah menghdapi dugaan hidup (cemuhan, sindiran)
4. Tetap pendirian (tutup aurat)
5. Penyayang (kerap melawat emak)
6. Taat akan pesanan ayah (untuk mengharumkan nama negara dan memelihara syariat Islam.

WATAK SAMPINGAN

Emak
1) Penyayang - Masak ikan patin lemak cili api untuk Syahir
2) Mementingkan agama- puasa sunat & tunaikan solat

Haji Marzuki
1) Jurulatih Perseorangan Badminton Skuad Kebangsaan
2) Berpandangan Positif- Keputusan PBSM ialah satu cabaran kepada pemain

LATAR TEMPAT

1. Rumah keluarga Syahir di Bandar Baru Bangi
~emak dan Syahir berbual-bual tentang masa depannya dalam dunia badminton semasa di rumah. Emak berpesan agar sentiasa mengingati amanat arwah ayahnya.

2. Jabatan pengajian sukan, UPM Serdang.
~Syahir melanjutkan pelajaran Di Jabatan Pengajian Sukan UPM Sersang setelah menolak tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia.

3. Gelanggang latihan badminton.
~Skuad badminton kebangsaan menjalani latihan di bawah kendalian Haji Marzuki, Engku Aiman dan Mas Suparman sebagai persediaan awal sebelum kejohanan Terbuka Johor Dan Kejohanan Badminton Antarabangsa Di Jakarta.


LATAR MASA

1. Waktu malam
– Syahir telah meluangkan masa untuk makan bersama-sama dengan emak dan Kak Uda Syahrizah di rumah mereka.

2. 15 tahun
~Syahir telah menjadi johan negeri kategori perseorangan bawah 15 tahun ketika di tingkatan 3.

3. 18 tahun
~Syahir berjaya menjuarai kategori perseorangan bawah 18 tahun lantas bergelar juara remaja kebangsaan.


Nilai

1. Kegigihan
~Syahir dan rakan-rakannya gigih berlatih untuk menghadapi perlawanan akan datang.

2. Keberanian
~Sikap Wan Najlah yang memakai tudung dan seluar trek panjang semasa latihan menunjukkan dia berani untuk berubah.

3. Kasih Sayang
~ Syahir sering pulang ke rumah untuk menemani emaknya ke Seremban untuk ke rumah Mak Usu sapiah.

Starting Fresh: Blogging My Digital Journey


Ellooooooo eberibadiiiiii... 


Ninie & mak abah . 20 disember 18


Assalamualaikum and hye !

Holla, Ninie di sini!


Jadi… inilah dia—first post dalam blog ni. Tak ada intro yang dramatik, tak ada announcement besar-besaran. Just a simple hello dari seorang manusia yang suka menaip.


Kenapa buat blog? Sebab Ninie suka menaip, suka bercerita, suka simpan kenangan dalam bentuk perkataan. Kadang-kadang ada benda yang terlalu panjang nak cerita dekat caption media sosial, kadang-kadang cuma nak tulis apa yang terlintas dalam kepala. So, blog ni wujud untuk semua tu!


Tak sure siapa yang akan baca, atau kalau ada orang baca pun. Tapi kalau korang tengah scroll dan tiba-tiba sampai sini—hai, terima kasih sebab singgah! ðŸ«¶


Harapnya blog ni akan jadi satu ruang yang penuh dengan cerita, idea, dan mungkin juga sedikit randomness yang menghiburkan.


So, selamat datang ke blog Ninie! Ini baru permulaan. Jangan segan2 nak datang lagi, okay? ðŸ˜‰ see you when i see you, xoxo !